Archive for July, 2008

DAP Selangor terlampau bodoh?

Isunya DAP Selangor mengatakan jika terjadi gabungan PAS-UMNO, maka PAS telah melakukan pengkhianatan terhadap rakyat bukan Muslim dan Muslim yang tidak menyokong dasar perkauman UMNO.

Saya tidak bermasalah dengan hal pengkhianatan PAS jika PAS dan UMNO bergabung. Saya bersetuju dengan DAP Selangor. PAS memang mengkhianati mereka yang mengundi mereka dalam pilihanraya yang lepas kerana penyatuan PAS-DAP-PKR dalam mengelak untuk bertembung sesama sendiri, adalah semata-mata untuk menumbangkan BN. Betul, PAS khianat, sekurang-kurangnya di mata rakyat bukan Islam walaupun tidak di mata saya.

Tetapi, tidakkah DAP Selangor mahu mengambil langkah yang lebih bijaksana dalam membuat kenyataan, seperti yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw yang menyatakan beliau berpegang pada kenyataan Tuan Guru Hadi Awang yang memberi jaminan, PAS TETAP SETIA DENGAN PAKATAN!

Kenapa ‘genius’ sangat DAP Selangor untuk mengikut membuta tuli dengan kenyataan ala-ala Karpal Singh? Kan PAS dan DAP berpakat? Partner apa yang bodoh sangat mempersoalkan kejujuran partner mereka sendiri? Lagi sekali, bodoh tak rakan pakatan seperti mereka ni? Baik tak payah berpakat kalau masing-masing tak percaya!

Comments (4) »

PAS patut tidak bersetuju

Isunya PAS tidak bersetuju dengan papan tanda di George Town yang akan menggunakan pelbagai bahasa. Pertama kali saya membaca berkenaan hal ini di blog Saudara Faisal Tehrani yang mengulas tentang cadangan seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Katanya, di Beijing tiada dijumpai langsung satu pun papan tanda yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Turkey yang dibanjiri pelancong dari Jepun setiap tahun, yang boleh dijadikan alasan konkrit bagi meletakkan papan tanda berbahasa Jepun, tidak juga menyediakan papan tanda dalam bahasa tersebut, malah bangga dengan bahasa mereka sendiri.

Jadi, bagaimana DAP yang memperjuangkan bangsa Malaysia untuk Malaysia boleh mengeluarkan idea tersebut? Flip-flop adalah suatu jenayah bagi saya. Menipu. Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi Malaysia. Dalam kemunduran dan kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan sendiri, adakah perlu kita mengagungkan bahasa lain?

Malaysian Malaysia? Karutlah, DAP!

Comments (3) »

Muzakarah (atau Muqabalah) PAS dan UMNO

Ramai pihak tidak memahami prinsip di sebalik muzakarah antara PAS dan UMNO. Sebenarnya, saya lebih memahami muzakarah ini sebagai satu cara penyatuan Melayu-Islam untuk berfikiran sama dan berpendapat yang sama dalam hal kepentingan kaum Melayu dan agama Islam.

Sepatutnya penyatuan seperti ini digalakkan kerana telah berapa lama kita sentiasa bergaduh dalam hal kepentingan kita sendiri. Cuba saja kita lihat kaum Cina. Walaupun mereka berlainan parti, sama ada DAP, MCA atau Gerakan, mereka tetap bersatu dalam hal survival kaum mereka. Inilah yang tiada pada kaum Melayu.

Jadi, kenapa perlu Lim Kit Siang mempersoalkan akan perkara ini? Ini bukan hal yang boleh dimasukkan dalam bab rasisma atau perkauman. Ini adalah soal fundamental bagi apa pun kaum di dunia ini. Etnosentrisma berlainan fahamannya berbanding rasisma.

Kita ketepikan persoalan politik dalam hal ini, seperti UMNO tidak ikhlas kerana terdesak meraih sokongan atau menuduh UMNO sendiri yang menghancurkan kaum Melayu. Ketepikan kerana apa yang lebih penting adalah peluang untuk PAS mendekati UMNO ini jangan disia-siakan. Bukankah dahulu PAS beria-ia mengajak UMNO bermuzakarah? Lantas kenapa peluang yang ada dibiarkan begitu sahaja ketika UMNO lemah?

Muzakarah tidak semestinya menuntut gabungan dalam satu pakatan. Mana-mana individu atau kumpulan yang berfikiran seperti itu adalah golongan yang cetek pemikirannya. Ya, cetek. PAS boleh sahaja berfikiran kritikal terhadap DAP dan PKR dalam hal-hal tertentu. Inilah dinamakan demokrasi tulen. UMNO boleh saja menyokong pendirian PAS walaupun berlainan barisan atau pakatan. Sekarang bukan lagi zaman demokrasi ala-UMNO yang menyebabkan MCA, MIC dan Gerakan dalam Barisan Nasional tidak kritikal dan menjadi anjing suruhan UMNO.

Leave a comment »