Archive for October, 2008

Pengganti Pak Lah Lebih Teruk

Malaysiakini melaporkan bahawa Pak Lah tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Bagi saya, berita ini ada khabar yang baik dan juga buruk.

Yang baik mestilah tertuju kepada Barisan Nasional. Pak Lah lebih kepada duri dalam daging bagi Barisan Nasional. Dengan ketiadaan Pak Lah, rombakan struktur Barisan Nasional mungkin akan berlaku dan lebih mantap untuk masa hadapan.

Yang buruk ialah Najib sebagai pengganti. Najib lebih teruk dari Pak Lah dari segi moralnya. Dikelilingi dengan bermacam-macam kontroversi, ramai yang mempersoalkan bagaimana Najib mahu mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Najib kelihatan lebih mudah untuk dihadapi oleh Anwar.

Tunggu dan lihat sajalah. Bagi saya, Perdana Menteri terbaik masih lagi jatuh kepada Dr Mahathir walaupun digelar Diktator dan tidak Islamik. Sekurang-kurangnya beliau telah melaksanakan tugas-tugas dasar sebagai Perdana Menteri.

Anwar atau Dr M? Saya rasa Anwar lebih teruk. Apa beza PKR dan UMNO? Rumpunnya sama. Apalah yang boleh diharapkan dari PKR? Zina itu pun dikatakan sedekah.

Comments (2) »

Perkauman – Cerita Lama yang Sama

Kembali lagi Malaysia dengan cerita perkauman selepas seorang amoi menulis satu catatan di blognya dengan menghina kaum India. Blog amoi yang tidak dikenali, juga kurang dikemaskini, tiba-tiba mendapat hits yang tinggi mencecah 9000. Terima kasih kepada Malaysiakini.

Hindraf dengan tidak mempedulikan diri mereka sendiri yang bersifat perkauman, membuat laporan polis macam budak-budak kecil. Signifikankah tindakan membuat laporan polis terhadap suatu blog sosial yang dikunjungi kenalan-kenalan rapat sahaja dan langsung tiada pengaruh seperti Malaysia Today?

Cerita perkauman ini hanyalah cerita lapuk yang sama. Diulang-ulang oleh media tanpa kesudahan. Tiada lagikah rundingan pintu tertutup bagi menyelesaikan hal seremeh ini? Perlukah hal ini mendapat perhatian sebegini rupa? Perlukah laporan polis dibuat untuk meredakan isu perkauman?

Sensasi isu perkauman ini mainan politik tak habis. Barangkali ada yang mahu menuduh UMNO mastermind dalam hal ini? Saya tak kisah. Cuma yang dapat saya lihat, Hindraf kebudak-budakan.

Comments (5) »