Anwar Perbodohkan Semua Orang

Tiada perubahan kerajaan pada 16hb September. Paling terakhir, Malaysiakini melaporkan kenyataan Tian Chua yang menyatakan Anwar akan mengadap Agong dalam hal tersebut.

Nyata menipu. Teringat lagi pada masa beberapa bulan dahulu, pemimpin tertinggi PKR dengan megahnya mengatakan bahawa tarikh 16hb September itu sudah “terlalu lewat” bagi menubuhkan kerajaan baru. Sekarang, 16hb pun masih terhegeh-hegeh.

Anwar menipu dan saya lebih menyokong Mustafa Ali daripada kenyataan emosi Tuan Guru Nik Aziz. Semua sudah nyanyuk kerana Anwar.

Dalam posting terbaru, Uncle Lim Kit Siang juga sudah nyanyuk kerana penangan Anwar. Ini berdasarkan posting di blog sahaja. Pada tahun lepas, tiada pula Lim Kit Siang mengucapkan “Happy Malaysia Day“? Kenapa sekarang?

Anwar berjaya menipu pemimpin-pemimpin besar. Kah kah kah! (ikut gaya Hishamuddin Rais).

Comments (37) »

Retorik DAP

Sibuk sangat dunia Malaysia ini dengan kenyataan perkauman Datuk Ahmad Ismail (rujuk pelbagai berita mengenainya di Malaysiakini) sehingga Najib sendiri dengan tidak malunya terpaksa meminta maaf kepada kaum Cina. Dan mereka menolaknya.

Let’s take it aside kerana saya ada juga tuntutan maaf yang hendak dibuat. Cuba lihat gambar ini. Teresa Kok mempersoalkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda sebagai menjustifikasikan kehendak kaum Cina untuk meletakkan bahasa Mandarin di papan tanda.

Perbuatan Teresa ini bodoh. Tidak memahami sensitiviti orang Melayu (atau memang tidak pernah?). Kalau orang cakap kaum Cina sebagai penumpang, bagai nak rak dibuat isu. Dalam gambar itu, siapa yang bersifat perkauman? Saya terhiris disebabkan saya dibesarkan dalam keluarga yang tahu dan kuat berpegang tulisan jawi. Teresa Kok mungkin tidak mengetahui sejarah tulisan jawi.

Tulisan jawi bukan tulisan arab, cuma ia berasal dari arab dengan serba sedikit ditambah hurufnya seperti Ca, Nya yang tidak terdapat dalam tulisan arab. Teresa Kok buta sejarah ke? Tulisan jawi lebih mendahului tulisan rumi di Tanah Melayu ini. Jika nak dipersoalkan pun, persoalkanlah tulisan rumi.

Di zaman British, mereka menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. Kalau di waktu kemerdekaan dahulu, saya rasa saya lebih sanggup menerima penjajah British dari kaum pendatang Cina berdasarkan penghargaan dan sensitiviti mereka terhadap budaya tempatan.

Ewah ewah ewah, Malaysian Malaysia konon! Pigidah, DAP!

Comments (13) »

Ukhwah, dude!

Saya menghormati lain-lain blogawan PAS mahupun blogawan parti lain atau blogawan bebas. Saya kagumi tulisan Pak Bakaq, saya amat berterima kasih dengan tulisan Tulang Besi dan saya tertarik dengan keteguhan Roslan SMS dalam menegakkan Islam.

Membaca kritikan Tulang Besi terhadap Roslan SMS, saya tidak dapat menolak kata-kata MSO tentang pudarnya ukhwah di kalangan ahli PAS. Ya, ukhwah ahli PAS sudah pudar. Pudar sepudar-pudarnya selepas kejayaan “lebih kuah dari sudu” pada pilihanraya yang lepas.

Saya percaya tentang hujah hendaklah dilawan juga dengan hujah dan saya percaya juga, setiap manusia perlu terbuka menerima kritikan dan mengkritik. Akan tetapi ada suatu yang saya rasa tidak sedap hati dengan semua ini.

Ya, Tulang Besi ada hak mengkritik. Tiada yang dapat mempertikaikannya, tetapi tiadakah cara yang lebih berhikmah untuk mengkritik Roslan SMS yang dianggap tidak berhikmah dalam menghadapi DAP yang sekular? Perlukah semua ini dibuat secara terbuka sehingga kedengaran komen-komen kesat seperti menuduh Roslan SMS sebagai bastard?

Ukhwah dude! Ukhwah! Mengapa perlu menyerang sesama sendiri dalam keadaan terbuka sebegini? Atau adakah perlu Tulang Besi mengkritik secara terus, secara peribadi kepada Roslan SMS dalam keadaan terbuka? Tiadakah jalan lain untuk menyatakan, cara anda tidak berhikmah dalam menghadapi sekularis?

Jika Tulang Besi menuduh Roslan sebagai menguntungkan puak sekular, tidakkah hal yang sama tertuju pada Tulang Besi dalam hal ini?

PAS pasca-PRU 12 tidak lagi sama seperti sebelumnya. Sudah ramai yang gila kuasa dan glamer. Tidak spesifik kepada Tulang Besi atau sesiapa. Sama ada fraksi UMNO atau fraksi Anwar dalam PAS, semuanya seakan-akan sudah tergila-gilakan kuasa. Gila kuasa inilah yang akan menghancurkan PAS.

Ukhwah, dude! Kita gerakan Islam, jangan terikut-ikut dengan parti lain yang tiada sistem tarbiyah seperti kita. Kukuhkan ukhwah. Itulah senjata kita.

Leave a comment »

Satu Lagi Isu Rasis

Satu lagi isu rasis. Kali ini melibatkan parti MCA dan Naib Canselor UiTM.

Berkenaan UiTM untuk bukan bumiputra, silap jika MCA menyatakan bahawa perpaduan nasional akan dapat dipupuk dengan memberi kuota kepada bukan bumiputra. Lihat sahaja kebanyakan IPTA/S di seluruh negara. Terpupukkah perpaduan nasional?

Bukannya silap UiTM tidak menawarkan tempat untuk bukan bumiputra tetapi kerangka pemikiran puak-puak kauvinis yang perlu diperbetulkan. Mengapa kaum Cina mahu menolak asimilasi seperti yang berlaku ke atas golongan Baba dan Nyonya? Songkok pun tak mahu?

Manakah kaum Cina yang *memperjuangkan kebaikan orang Melayu? Yang kedengaran hanyalah satu kes demi satu kes yang ditimbulkan oleh kaum Cina sebagai rasis, sehinggakan masyarakat melihat rasis sebagai membela Melayu.

Ingatkah kita dahulu tentang kes-kes yang menampakkan sikap perkauman syarikat-syarikat Cina di iklan-iklan akhbar bahasa Inggeris? Yang tertulis seperti, “Muslims need not apply” atau yang tahu berbahasa Mandarin diberi keutamaan. Tidakkah benar apa yang dikatakan Naib Canselor UiTM itu?

MCA tidak perlu melatah dalam hal ini. Tunjukkan dulu yang kamu memperjuangkan bangsa Malaysia seperti PKR dan DAP.

*Setahu saya, Lim Guan Eng satu-satunya orang Cina yang sanggup dipenjarakan kerana seorang gadis Melayu yang teraniaya.

Comments (4) »

MCA yang Kelakar

Tak habis-habis dengan isu rasis. Terbaharu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mempopularkan istilah “Cina Menumpang”. Dan seperti biasa, kaum Cina marah sehinggakan Datuk Ahmad yang tak terkenal tu, jadi glamer.

Saya tidak mahu membela Datuk Ahmad dalam hal ini kerana saya benci orang yang bersifat rasis. Memang Datuk Ahmad perlu memohon maaf ke atas kata-katanya walau apa jua alasannya. Saya menyokong tindakan pihak MCA supaya Datuk Ahmad dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.

Tetapi saya rasa saya mempunyai idea yang lebih bernas untuk difikirkan oleh parti MCA. Keluar dari Barisan Nasional. Ya, UMNO dari dulu, kini dan selamanya adalah suatu parti rasis ultra-Melayu. Yang lu pigi join diolang apahal? Lu balaci saja dari dulu, kini dan selamanya. Haram jadah UMNO mahu mengambil tindakan terhadap sikap rasis seperti itu. Mereka itu sendiri perjuangkan rasis!

Takkah bangang bagi UMNO mengambil tindakan terhadap ahlinya yang memperjuangkan dasar mereka sendiri? Bangun dari tidurmu, MCA.

Dan saya mohon juga pada MCA, agar tidak mengambil sikap selektif terhadap isu rasisma. Rasisma tidak berlaku pada golongan Cina sahaja. Note that.

Comments (6) »

Ada apa dengan Malaysia Today?

Isunya di Malaysiakini.

Saya mengagumi Raja Petra Kamaruddin. Saya amat teruja dengan keberaniannya untuk menghadapi apa jua tindakan yang dikenakan ke atasnya. Dengan maklumatnya yang amat jarang dapat kita lihat di internet, lebih-lebih lagi media arus perdana, saya merasakan agak sukar untuk saya tidak mempercayainya. Period.

Tetapi dalam bab lain, seperti agama, tidak sama sekali saya ingin merujuk beliau. Daripada sudut etika berblog juga, saya tidak ingin merujuk padanya. Bagi saya, beliau adalah seperti seorang pengebom berani mati dalam berblog. Menyerang suatu pihak dengan langsung tiada etika. Period.

Saya yakin usaha SKMM untuk menyekat akses portal Malaysia Today ada asasnya. Tidak, bukan kerana siri-siri pendedahan Raja Petra, tetapi seperti alasan pegawai SKMM, akses Malaysia Today disekat kerana komen-komen yang “bangang” dan tidak rasional di sana.

Dahulu, saya sentiasa melayari ke portal tersebut tetapi sejak akhir-akhir ini, saya naik meluat dengan gelagat-gelagat komentator yang saya anggap mempunyai akal setaraf chimpanzee. Tiada hujah ilmiah dan terlalu emosional. Terlalu bodoh hinggakan saya tidak terfikir bahawa kata-kata itu dikeluarkan oleh manusia.

Saya tidak menyalahkan Raja Petra (yang dituduh gila oleh Agendadaily) tetapi beliau boleh bertindak lebih cerdik jika menapis komen-komen di sana seperti blogawan A Kadir Jasin. Tidak pelik jika kerana komen-komen yang tidak ditapis, artikel-artikel di Malaysia Today nanti hilang kredibilitinya dan dipandang seperti a piece of shit. Period.

There’s no such thing like absolute freedom. Everything has its own price.

Leave a comment »

Malaysiakini Putar Belit?

Terbaca satu kenyataan Presiden PKPIM di blog Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tentang berita Malaysiakini yang melaporkan beliau memberi kredit kepada penganjur konsert Avril Lavigne dengan memuji Avril sebagai seorang yang “ok”. Padahal cerita di sebaliknya berlainan sekali.

Wah, Malaysiakini sudah terkena bahang media arus perdana? Apa yang boleh diharapkan dengan kebebasan media? Sejak kebelakangan ini juga, saya perhatikan berita-berita di Malaysiakini lebih terarah kepada menjayakan kempen Anwar. Baguslah. Setidak-tidaknya ia telah membuktikan bahawa tidak wujud sama sekali kebebasan mutlak yang banyak diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak menang pilihanraya lepas.

Dan kepada sesiapa yang menganggap personaliti Avril Lavigne itu ok dan sesuai dengan imej Malaysia, apa kata jenguk ke blog ini. Mungkin anda akan berubah hati terhadap penyanyi kesayangan anda ataupun anda mahukan anak-anak anda berakhlak sepertinya. Terpulang. Itu hak demokrasi anda.

Leave a comment »

Anwar Menang, Pakatan Keawangan

Anwar menang dengan majoriti lebih besar – menurut Malaysiakini, dengan pertambahan undi sebanyak 857 “sahaja” – menurut Agendadaily. Walau bagaimanapun, harapan saya tidak kesampaian untuk melihat Anwar menang dengan majoriti yang lebih kecil.

Mengapa saya mahu majoriti Anwar lebih kecil? Kenapa tidak saja mengharapkan beliau kalah? Saya bukanlah pembenci Anwar atau pengagungnya, cuma mahukan beliau ke parlimen untuk mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat (saya tidak pula mengharapkan kerajaan katak). Jadi, mengapa mahukan majoriti lebih kecil? Kerana saya percaya apa yang telah Che Det perkatakan. Saya mahu Pakatan Rakyat sedar hakikat pilihanraya tempohari. Rakyat menolak BN kerana protes, bukan polisi murahan freedom of speech yang diperjuangkan oleh PKR atau Malaysian Malaysia oleh DAP ataupun Negara Kebajikan PAS. Lebih kuah dari sudu.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh tidak menarik perhatian saya. Yang saya tunggu adalah 16 September ini. Tarikh itulah sebenarnya yang menentukan adakah Anwar berkata benar atau berbohong kepada seluruh penyokong Pakatan. Do or die bagi Anwar.

Comments (3) »

Protes lagi

Isunya, baca Malaysiakini di sini.

Sudah-sudahlah tu! Satu isu bagai nak rak diulas. Benda remeh saja. Bukan hal besar pun. Cukup-cukuplah. Dah bosan. Move on, folks! Di kala PAS mahu mengetatkan jualan arak, menghapuskan judi dan memisahkan lelaki dan wanita melalui kaunter berlainan, sibuk pula mempersoalkan, kenapa PAS hanya tumpu pada masalah tersebut dan tidak mengfokuskan hal-hal seperti rasuah dan salahguna kuasa. Apabila PAS sibuk menggam konsert, kamu orang bertanya, kenapa tidak fokus kepada isu-isu besar negara seperti kronisma dan nepotisma.

Ada ke tak sebenarnya pemimpin PAS yang terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa?

Ah, sudah. Bila giliran kamu nak buat hal remeh, tak pula ingat tentang hal kamu memaki golongan PAS kerana mementingkan hal remeh? Cukup-cukuplah terasa hati dengan “babi” dan “balik China”. Itu bukan pun pandangan majoriti puak Melayu dan Islam. Menariknya isu ini sampai Farish Noor pun menulis. Mana tulisan kamu tentang rasuah dan isu terkini tentang perbelanjaan kempen BN? Oh, bukan isu besar ke?

Betul tak, remeh di matamu, tidak sama di mataku. Dan kamu kata, kamulah jaguh kebebasan bersuara. Apabila datang kepada, kebebasan bersuara PAS, kamu kata mereka Taliban. Haha. Jaguh apakebendanya tu? Sekurang-kurangnya PAS mengambil tanggungjawab terhadap kebebasan bersuara mereka. Bukan macam kamu, asyik mengugut tidak mahu mengundi lagi PAS. Tak habis. Macam budak-budak.

Cukuplah dengan isu nak benarkan oral sex atau tak. Benda remeh saja.

Leave a comment »

Isu Forum : Yang Ilmiah Dipersembah!

Bermacam pihak telah memberi komen mereka berkenaan dengan hal forum awam yang telah dianjurkan oleh Majlis Peguam. Ada yang kontra, pro, negatif, positif dan sebagainya. Tetapi bagi saya, saya berpegang teguh dengan pendapat-pendapat pemimpin-pemimpin dalam PAS. Bukan sahaja soal wala’ dalam jemaah tetapi juga kerana demokrasi dalam PAS yang tidak akan saya temui dalam mana-mana parti lain.

Dalam PAS, anda boleh cari macam-macam ulasan. Dari hal Carburator Dang, hal muzakarah, semuanya menampakkan demokrasi yang sangat subur dalam PAS. Cuba cari di mana lagi demokrasi begini? Dalam DAP? Ah, langkah mayat dulu! PKR? Tak, Anwar tu “Tuhan” kedua. UMNO? UMNO-lah yang membentuk demokrasi paling teruk di muka bumi ini. Dari pandangan UMNO-lah kita melihat demokrasi seperti hari ini.

Berbalik pada hal forum, saya bersetuju dengan pendapat Anwar. Boleh dilangsungkan tetapi biarlah secara tertutup. Mesej yang mahu disampaikan, dapat dijelaskan dengan baik, tanpa huru-hara dari hal protes.

Tergelak juga saya melihat banyak pihak yang lebih menumpukan pada hal protes, dari hal pengisian yang disampaikan oleh forum tersebut. Ini termasuklah portal Malaysiakini. Di mana saya mahu dapatkan pengisian forum tersebut kerana semua media memainkan isu protes? Walaupun setengah jam, ia tetap suatu yang boleh dikongsi.

Sedihnya, hal protes yang menjadi isu. Lalu berbangkitlah pandangan orang-orang yang pro-demokrasi, yang mengagungkan kebebasan bersuara sebagai Tuhan, membantai MP PKR yang kononnya telah merosakkan nama PKR. Sebenarnya saya pun musykil mengapa YB Zulkifli Nordin memilih PKR sebagai medannya untuk berjuang dan bukan PAS. Mungkin kerana hal sentimental dengan Anwar.

Saya teragak-agak untuk menyetujui manakah pandangan yang lebih tepat antara Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin atau Ustaz Idris Ahmad. Kedua-duanya nampak kontra. Lihat, ini demokrasi tulen dalam PAS. Bodoh siapa yang tak pandai tengok!

Ustaz Idris Ahmad dalam blognya menyatakan,
”Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik mula dilihat bagaimana Inggeris menghormati Islam dan tahu mana kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam. Mereka tahu batasan orang Melayu iaitu Islam. Inggeris memutuskan bahawa soal agama diurus oleh sultan dan soal pentadbiran dikendalikan oleh Residen Inggeris. Kenapa ini berlaku kerana Inggeris tahu bahawa orang melayu sensitif terhadap agama mereka.”

Hanipa Maidin pula menyatakan,
”The main reason why such forum should be allowed to be held is that it did not only invite the non muslims as speakers. There were muslim speakers who were invited to air their views in the said forum. These three speakers, I believe , were competent to defend the muslims’ interest in that forum. When two out of the said three speakers pulled out from the forum at the eleventh hour , the inescapable conclusion was that the muslim scholars were not ready to engage intellectually with other non muslim speakers in that forum. The pulling out, with respect, was not the good option.”

(Alasan yang sebenarnya kenapa forum seperti itu patut dibenarkan untuk diadakan adalah kerana ianya tidaklah hanya menjemput bukan Islam sebagai penceramah tetapi juga terdapat penceramah Muslim untuk mengutarakan hujah mereka. Ketiga-tiga mereka, saya percaya, berkelayakan untuk mempertahankan kepentingan golongan Muslim dalam forum tersebut. Apabila dua daripada tiga orang penceramah telah menarik diri saat-saat akhir, kesimpulan yang tidak dapat dielakkan adalah cerdik pandai Muslim ini masih lagi tidak bersedia untuk terlibat dengan penceramah bukan Islam dalam forum tersebut. Penarikan diri ini, dengan hormat, tidaklah suatu pilihan yang baik.)

Bagi saya, kedua-dua pandangan ini boleh digabungkan menjadi satu. Untuk waktu sekarang, mengikut waqie, pandangan Ustaz Idris Ahmad lebih saya gemari tetapi saya amat menyetujui pendapat Saudara Hanipa untuk masa hadapan. Kita, orang Islam perlu lebih proaktif dan menghasilkan produktiviti yang tinggi dalam ingin mengharungi arus di zaman yang penuh dengan cabaran seperti hari ini.

Jangan terus bersikap eskapistik, dengan sentiasa menidakkan forum ilmiah kerana sensitiviti kita terhadap agama kita. Ulama’-ulama’ Islam perlu mempergiatkan penerangan, bukan hanya protes dengan makian semata-mata. Kita perlu proaktif, bukan reaktif. Raikan forum berbentuk ilmiah, bukan kerana kebebasan bersuara tetapi kerana kita prihatin terhadap agama kita!

Anjurkan forum ilmiah balas kepada apa yang telah dianjurkan oleh Majlis Peguam. Dan saya cabar kepada mana-mana pihak untuk mengadakan forum perbandingan agama, jika umat bukan Islam sudah beria-ia sangat ingin kepada celik agama. Kita tengok siapa pula yang protes! Atau siapa pula yang akan dipindah sekolah kerana kata-kata yang kononnya “racist” (kenapa freedom of speech tidak dirai dalam hal ini?). Hehe.

Saya bukan liberal dan tidak berbangga-bangga kerana saya liberal.

Comments (5) »