October 9, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, Mahathir, Najib, Pak Lah, PKR, UMNO
Malaysiakini melaporkan bahawa Pak Lah tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Bagi saya, berita ini ada khabar yang baik dan juga buruk.
Yang baik mestilah tertuju kepada Barisan Nasional. Pak Lah lebih kepada duri dalam daging bagi Barisan Nasional. Dengan ketiadaan Pak Lah, rombakan struktur Barisan Nasional mungkin akan berlaku dan lebih mantap untuk masa hadapan.
Yang buruk ialah Najib sebagai pengganti. Najib lebih teruk dari Pak Lah dari segi moralnya. Dikelilingi dengan bermacam-macam kontroversi, ramai yang mempersoalkan bagaimana Najib mahu mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Najib kelihatan lebih mudah untuk dihadapi oleh Anwar.
Tunggu dan lihat sajalah. Bagi saya, Perdana Menteri terbaik masih lagi jatuh kepada Dr Mahathir walaupun digelar Diktator dan tidak Islamik. Sekurang-kurangnya beliau telah melaksanakan tugas-tugas dasar sebagai Perdana Menteri.
Anwar atau Dr M? Saya rasa Anwar lebih teruk. Apa beza PKR dan UMNO? Rumpunnya sama. Apalah yang boleh diharapkan dari PKR? Zina itu pun dikatakan sedekah.
September 23, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, Malaysiakini, Pakatan Rakyat, PKR
Lepas satu deadline (23hb September dan 16hb September), satu lagi deadline (rujuk Malaysiakini untuk mengetahui lebih lanjut). Kini 1hb Oktober (sesetengahnya mengatakan 9hb Oktober) pula menjadi detik penungguan penyokong totok Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada profesional hinggalah orang kampung yang tidak ketahuan apa-apa. Anwar itu dipercayai sepenuh hati. Yang liberal pun jadi konservatif. Memaki orang-orang yang tidak mempercayai Anwar. Kah kah kah!
Hentikanlah propaganda bodoh ini. Tumpukan perhatian untuk menjadi ketua pembangkang yang terbaik. Fokuskan dahulu kepada lima negeri yang dapat diperintah dari kejayaan “lebih kuah dari sudu” pilihanraya lepas itu.
Jika semua sibuk dalam merancakkan propaganda bodoh ini, siapa yang mahu bekerja untuk rakyat? Tahukah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, bahawa ekonomi Malaysia semakin teruk? Kamu fikir tak tentang rakyat-rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah? Mereka tersempit, lagi pula kamu ingin menyempitkan mereka dengan propaganda bodoh ini.
Propaganda seperti ini tidak menambahbaikkan ekonomi negara. Tiadakah idea-idea dari pemikir Pakatan Rakyat untuk dipersembahkan supaya ekonomi kita kembali stabil?
Uruskan dengan cemerlang dahulu lima negeri yang dimenangi secara jantan. Barulah impi-impikan untuk mendapat kerajaan pusat. Penuhi janji-janji manifesto.
September 23, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, Malaysiakini, Pakatan Rakyat, PKR
Esok satu lagi deadline yang diwar-warkan Anwar dan puak fanatik beliau (lihat Malaysiakini). Jika tiada sidang parlimen khas esok, maka Pakatan akan membawa isu ini kepada pengetahuan Agong.
Saya berfikiran positif walaupun saya sudah cop Anwar penipu kerana janji beliau pada 16hb September yang didakwa pertukaran kerajaan akan berlaku, padahal setelah seminggu, masih lagi tiada tanda-tanda. Tidak membohongkah itu? Yang lagi tidak masuk akal, pemimpin PAS totok di belakang Anwar, semacam lembu dicucuk hidung. Tidakkah begitu wahai fraksi Anwar dalam PAS, sehingga sanggup memperli atau mengata-ngata kawan satu tarbiyah?
Saya positif dengan satu lagi peluang untuk Anwar bagi membentuk kerajaan. Jika beliau tidak membawa isu no-confidence ini kepada Agong selepas Pak Lah tidak bersetuju untuk mengadakan sidang parlimen luar biasa, maka beliau penipu besar abad ini.
Bukan masalah niat beliau untuk menubuh kerajaan itu yang salah (tetapi tetap tidak bermoral!), tetapi janganlah biarkan sampai menipu penyokong totok Pakatan yang terkeluar air liur menunggu pertukaran kerajaan dari satu ke satu tarikh.
Jika ini adalah perang psikologi Anwar terhadap BN, tidak perlulah sampai memain-mainkan rakyat begini. Siapa cakap ekonomi negara tidak terjejas jika permainan ini diteruskan?
Kali ini, Anwar perlu serius. Mengikut satu artikel di Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, Elizabeth Wong yang baru pulang dari aktiviti kejar-mengejar MP BN di Taiwan, menyatakan dengan yakin bahawa pertukaran kerajaan akan berlaku lebih awal dari Oktober, November atau Disember. Maknanya pertukaran kerajaan akan berlaku sebelum umat Islam menyambut hari raya?
Kata-kata yang yakin dari Elizabeth Wong itu seolah-olah pernah kedengaran sekitar bulan lima atau enam dahulu.
Lebih baik perkara ini betul!
September 21, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, BN, Malaysiakini, PAS, Sabah, SAPP
Dalam posting saya tentang rancangan 16hb September oleh Anwar yang tidak menjadi, seorang komentator yang kononnya mewakili rakyat Sabah, Anak Sabah telah menulis:
Wahai orang-orang yang budiman. Saya orang Sabah tak pernah rasa tertipu oleh saudara DSAI. Malah saya berbangga kerana merasakan suara hati saya (mungkin anda semua) sedikit sebanyak diterjemahkan oleh saudara DSAI melalui kempen-kempen politik beliau. Melalui kesempitan hidup dengan harga barang yang melambung tinggi, tapi YB-YB BN di Sabah tiada yg berani bersuara..
Kenapa??? Kerana kebanyakan mereka dah kenyang makan komisyen dari projek-projek kerajaan BN.. Untunglah ada manusia lagi yang bernama DSAI yang berani mengkritik kerajaan BN yang masih lagi `PERASAN` yang mereka ini kununnya masih lagi pembela nasib orang melayu. Fikirla
.
(Diedit dengan menggunakan tulisan penuh kerana saya geli dengan bahasa SMS)
Nampaknya komentator tersebut mungkin tidak kesampaian untuk mewakili rakyat Sabah, mungkin hanya dapat capai taraf wakil suara PKR Sabah. Berita Malaysiakini berkenaan orang nombor dua SAPP dan juga 2000 ahli SAPP yang bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan tindakan SAPP berpecah dari BN, menjadi justifikasi saya.
Ya, mungkin kecil bilangan 2000 itu tetapi sudah dapat membayangkan bahawa rakyat Sabah masih lagi sayangkan BN. Ditambah lagi SAPP yang tidak akan memeluk Pakatan dan kekal bebas (saya pun mahu PAS berbuat demikian!).
Saya tidak nampak rakyat Sabah terpengaruh dengan kempen Anwar untuk memperbaiki kehidupan mereka. Yang saya baca dan dengar, cuma propaganda media-media di internet mensensasikan hal ini, seolah-olah rakyat Sabah telah sepenuh hati menerima Anwar. Ah, saya tertipu.
Jika Anwar mendapat bilangan ahli Parlimen yang didakwanya untuk menubuh kerajaan katak, tidak lagi dapat justifikasikan sokongan rakyat Sabah terhadapnya. Kerana, mentaliti pengundi di Malaysia ini, lebih-lebih lagi di Sabah, masih mengutamakan parti daripada calon. Seperti kata Dr M, letak tunggul sebagai calon pun, BN boleh menang!
Mungkin posting-posting saya nampaknya boleh ditafsirkan orang sebagai anti-Anwar, fraksi UMNO dalam PAS atau pembenci DAP, tetapi ketahuilah saya cuma hendakkan yang terbaik untuk PAS.
September 17, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, DAP, Pakatan Rakyat, PAS, PKR
Tiada perubahan kerajaan pada 16hb September. Paling terakhir, Malaysiakini melaporkan kenyataan Tian Chua yang menyatakan Anwar akan mengadap Agong dalam hal tersebut.
Nyata menipu. Teringat lagi pada masa beberapa bulan dahulu, pemimpin tertinggi PKR dengan megahnya mengatakan bahawa tarikh 16hb September itu sudah “terlalu lewat” bagi menubuhkan kerajaan baru. Sekarang, 16hb pun masih terhegeh-hegeh.
Anwar menipu dan saya lebih menyokong Mustafa Ali daripada kenyataan emosi Tuan Guru Nik Aziz. Semua sudah nyanyuk kerana Anwar.
Dalam posting terbaru, Uncle Lim Kit Siang juga sudah nyanyuk kerana penangan Anwar. Ini berdasarkan posting di blog sahaja. Pada tahun lepas, tiada pula Lim Kit Siang mengucapkan “Happy Malaysia Day“? Kenapa sekarang?
Anwar berjaya menipu pemimpin-pemimpin besar. Kah kah kah! (ikut gaya Hishamuddin Rais).
August 29, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, DAP, Pakatan Rakyat, PAS
Saya menghormati lain-lain blogawan PAS mahupun blogawan parti lain atau blogawan bebas. Saya kagumi tulisan Pak Bakaq, saya amat berterima kasih dengan tulisan Tulang Besi dan saya tertarik dengan keteguhan Roslan SMS dalam menegakkan Islam.
Membaca kritikan Tulang Besi terhadap Roslan SMS, saya tidak dapat menolak kata-kata MSO tentang pudarnya ukhwah di kalangan ahli PAS. Ya, ukhwah ahli PAS sudah pudar. Pudar sepudar-pudarnya selepas kejayaan “lebih kuah dari sudu” pada pilihanraya yang lepas.
Saya percaya tentang hujah hendaklah dilawan juga dengan hujah dan saya percaya juga, setiap manusia perlu terbuka menerima kritikan dan mengkritik. Akan tetapi ada suatu yang saya rasa tidak sedap hati dengan semua ini.
Ya, Tulang Besi ada hak mengkritik. Tiada yang dapat mempertikaikannya, tetapi tiadakah cara yang lebih berhikmah untuk mengkritik Roslan SMS yang dianggap tidak berhikmah dalam menghadapi DAP yang sekular? Perlukah semua ini dibuat secara terbuka sehingga kedengaran komen-komen kesat seperti menuduh Roslan SMS sebagai bastard?
Ukhwah dude! Ukhwah! Mengapa perlu menyerang sesama sendiri dalam keadaan terbuka sebegini? Atau adakah perlu Tulang Besi mengkritik secara terus, secara peribadi kepada Roslan SMS dalam keadaan terbuka? Tiadakah jalan lain untuk menyatakan, cara anda tidak berhikmah dalam menghadapi sekularis?
Jika Tulang Besi menuduh Roslan sebagai menguntungkan puak sekular, tidakkah hal yang sama tertuju pada Tulang Besi dalam hal ini?
PAS pasca-PRU 12 tidak lagi sama seperti sebelumnya. Sudah ramai yang gila kuasa dan glamer. Tidak spesifik kepada Tulang Besi atau sesiapa. Sama ada fraksi UMNO atau fraksi Anwar dalam PAS, semuanya seakan-akan sudah tergila-gilakan kuasa. Gila kuasa inilah yang akan menghancurkan PAS.
Ukhwah, dude! Kita gerakan Islam, jangan terikut-ikut dengan parti lain yang tiada sistem tarbiyah seperti kita. Kukuhkan ukhwah. Itulah senjata kita.
August 27, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, Pakatan Rakyat
Anwar menang dengan majoriti lebih besar – menurut Malaysiakini, dengan pertambahan undi sebanyak 857 “sahaja” – menurut Agendadaily. Walau bagaimanapun, harapan saya tidak kesampaian untuk melihat Anwar menang dengan majoriti yang lebih kecil.
Mengapa saya mahu majoriti Anwar lebih kecil? Kenapa tidak saja mengharapkan beliau kalah? Saya bukanlah pembenci Anwar atau pengagungnya, cuma mahukan beliau ke parlimen untuk mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat (saya tidak pula mengharapkan kerajaan katak). Jadi, mengapa mahukan majoriti lebih kecil? Kerana saya percaya apa yang telah Che Det perkatakan. Saya mahu Pakatan Rakyat sedar hakikat pilihanraya tempohari. Rakyat menolak BN kerana protes, bukan polisi murahan freedom of speech yang diperjuangkan oleh PKR atau Malaysian Malaysia oleh DAP ataupun Negara Kebajikan PAS. Lebih kuah dari sudu.
Pilihanraya kecil Permatang Pauh tidak menarik perhatian saya. Yang saya tunggu adalah 16 September ini. Tarikh itulah sebenarnya yang menentukan adakah Anwar berkata benar atau berbohong kepada seluruh penyokong Pakatan. Do or die bagi Anwar.