Posts tagged DAP

Sheih Perli Teresa?

Malaysiakini tak laporkan pula pengalaman Sheih.

Cuba baca posting terbaru Sheih Kickdefella selepas beliau dibebaskan.

Biar saya petik sedikit apa yang diperkatakannya:

I have no complaint about the food, as that is the reality of those poor and small people for which I am fighting.
Of course I do not anticipate Ramadan Buffet during this holiday as that will be a sin for me because those people whom I fight for, never ever even heard the word buffet, leave aside imagining about it in their life’s.

(Saya tiada rungutan tentang makanan kerana ia adalah suatu hakikat bagi golongan miskin dan berpendapatan kecil yang mana untuk merekalah saya berjuang. Sudah pasti saya tidak menyertai buffet Ramadan kerana ianya adalah dosa bagi saya, memandangkan golongan yang saya perjuangkan tidak pernah mendengar perkataan buffet, apatah lagi untuk membayangkan hal tersebut dalam hidup mereka.)

Dang! Pukulan maut untuk Teresa yang memperjuangkan papan tanda muhibbah!

Saya puji Sheih dalam hal ini. Saya tak puji dia sebab dia orang PAS, cuma kerana moralnya dalam memperjuangkan nasib rakyat tertindas. Saya berdoa agar ahli politik Malaysia lebih banyak menyelami kehidupan golongan miskin ini. Tidak cukup dengan Lim Guan Eng dan Tuan Guru Nik Aziz sahaja. Yang sibuk nak ambil kerajaan, lagilah perlu fikir pasal golongan mustadh’afin ini.

Comments (2) »

Di Sebalik Keseronokan Pembebasan Teresa

Saya bersimpati terhadap nasib Teresa Kok yang ditahan ISA baru-baru ini. Alhamdulillah, beliau telah selamat dibebaskan tanpa kekurangan fizikal dan juga semangatnya untuk berjuang.

Namun, saya sedikit terusik dengan berita di Malaysiakini berkenaan pengalaman Teresa berada dalam tahanan ISA. Saya sedikit terasa dengan takrifan beliau terhadap “makanan anjing”. Jika telur rebus, nasi dan ditambah timun dikatakan makanan anjing, jelas Teresa Kok selama ini tidak berpengalaman dalam menyelami hidup golongan miskin. Saya rasa beliau sekaligus telah menghina golongan miskin yang saban hari mungkin hanya mampu menjamah sekadar itu saja.

Kesilapan besar jika Teresa terus menghadapi perkara begini dengan rungutan yang melampau-lampau. Sebelum ini, saya tidak pernah mendengar mana-mana tahanan politik merungut seperti Teresa. Mungkin Teresa masih lagi mentah untuk memahami pahit getir perjuangan menegakkan hak rakyat.

Berkedudukan selesa dalam pejabat exco tidak mengubah apa-apa. Moga pengalaman dipenjarakan dapat mengajar Teresa supaya sentiasa memikirkan hal-hal rakyat yang miskin, bukan sibuk menghiraukan hal papan tanda.

Berkenaan hal papan tanda, adakah logik jawapan Teresa itu? Mempersoalkan papan tanda yang ditambah tulisan jawi sebagai pembaziran DBKL, manakala beliau pula mahukan papan tanda baru yang mengandungi semua bahasa? Jika penduduk marah kerana DBKL membazir, mengapa pula Teresa mahukan papan tanda lain? Bagi saya, Teresa cuma bersikap eskapistik.

Cukuplah retorik, tumpukan perhatian pada rakyat.

Comments (8) »

Anwar Perbodohkan Semua Orang

Tiada perubahan kerajaan pada 16hb September. Paling terakhir, Malaysiakini melaporkan kenyataan Tian Chua yang menyatakan Anwar akan mengadap Agong dalam hal tersebut.

Nyata menipu. Teringat lagi pada masa beberapa bulan dahulu, pemimpin tertinggi PKR dengan megahnya mengatakan bahawa tarikh 16hb September itu sudah “terlalu lewat” bagi menubuhkan kerajaan baru. Sekarang, 16hb pun masih terhegeh-hegeh.

Anwar menipu dan saya lebih menyokong Mustafa Ali daripada kenyataan emosi Tuan Guru Nik Aziz. Semua sudah nyanyuk kerana Anwar.

Dalam posting terbaru, Uncle Lim Kit Siang juga sudah nyanyuk kerana penangan Anwar. Ini berdasarkan posting di blog sahaja. Pada tahun lepas, tiada pula Lim Kit Siang mengucapkan “Happy Malaysia Day“? Kenapa sekarang?

Anwar berjaya menipu pemimpin-pemimpin besar. Kah kah kah! (ikut gaya Hishamuddin Rais).

Comments (37) »

Retorik DAP

Sibuk sangat dunia Malaysia ini dengan kenyataan perkauman Datuk Ahmad Ismail (rujuk pelbagai berita mengenainya di Malaysiakini) sehingga Najib sendiri dengan tidak malunya terpaksa meminta maaf kepada kaum Cina. Dan mereka menolaknya.

Let’s take it aside kerana saya ada juga tuntutan maaf yang hendak dibuat. Cuba lihat gambar ini. Teresa Kok mempersoalkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda sebagai menjustifikasikan kehendak kaum Cina untuk meletakkan bahasa Mandarin di papan tanda.

Perbuatan Teresa ini bodoh. Tidak memahami sensitiviti orang Melayu (atau memang tidak pernah?). Kalau orang cakap kaum Cina sebagai penumpang, bagai nak rak dibuat isu. Dalam gambar itu, siapa yang bersifat perkauman? Saya terhiris disebabkan saya dibesarkan dalam keluarga yang tahu dan kuat berpegang tulisan jawi. Teresa Kok mungkin tidak mengetahui sejarah tulisan jawi.

Tulisan jawi bukan tulisan arab, cuma ia berasal dari arab dengan serba sedikit ditambah hurufnya seperti Ca, Nya yang tidak terdapat dalam tulisan arab. Teresa Kok buta sejarah ke? Tulisan jawi lebih mendahului tulisan rumi di Tanah Melayu ini. Jika nak dipersoalkan pun, persoalkanlah tulisan rumi.

Di zaman British, mereka menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. Kalau di waktu kemerdekaan dahulu, saya rasa saya lebih sanggup menerima penjajah British dari kaum pendatang Cina berdasarkan penghargaan dan sensitiviti mereka terhadap budaya tempatan.

Ewah ewah ewah, Malaysian Malaysia konon! Pigidah, DAP!

Comments (13) »

Ukhwah, dude!

Saya menghormati lain-lain blogawan PAS mahupun blogawan parti lain atau blogawan bebas. Saya kagumi tulisan Pak Bakaq, saya amat berterima kasih dengan tulisan Tulang Besi dan saya tertarik dengan keteguhan Roslan SMS dalam menegakkan Islam.

Membaca kritikan Tulang Besi terhadap Roslan SMS, saya tidak dapat menolak kata-kata MSO tentang pudarnya ukhwah di kalangan ahli PAS. Ya, ukhwah ahli PAS sudah pudar. Pudar sepudar-pudarnya selepas kejayaan “lebih kuah dari sudu” pada pilihanraya yang lepas.

Saya percaya tentang hujah hendaklah dilawan juga dengan hujah dan saya percaya juga, setiap manusia perlu terbuka menerima kritikan dan mengkritik. Akan tetapi ada suatu yang saya rasa tidak sedap hati dengan semua ini.

Ya, Tulang Besi ada hak mengkritik. Tiada yang dapat mempertikaikannya, tetapi tiadakah cara yang lebih berhikmah untuk mengkritik Roslan SMS yang dianggap tidak berhikmah dalam menghadapi DAP yang sekular? Perlukah semua ini dibuat secara terbuka sehingga kedengaran komen-komen kesat seperti menuduh Roslan SMS sebagai bastard?

Ukhwah dude! Ukhwah! Mengapa perlu menyerang sesama sendiri dalam keadaan terbuka sebegini? Atau adakah perlu Tulang Besi mengkritik secara terus, secara peribadi kepada Roslan SMS dalam keadaan terbuka? Tiadakah jalan lain untuk menyatakan, cara anda tidak berhikmah dalam menghadapi sekularis?

Jika Tulang Besi menuduh Roslan sebagai menguntungkan puak sekular, tidakkah hal yang sama tertuju pada Tulang Besi dalam hal ini?

PAS pasca-PRU 12 tidak lagi sama seperti sebelumnya. Sudah ramai yang gila kuasa dan glamer. Tidak spesifik kepada Tulang Besi atau sesiapa. Sama ada fraksi UMNO atau fraksi Anwar dalam PAS, semuanya seakan-akan sudah tergila-gilakan kuasa. Gila kuasa inilah yang akan menghancurkan PAS.

Ukhwah, dude! Kita gerakan Islam, jangan terikut-ikut dengan parti lain yang tiada sistem tarbiyah seperti kita. Kukuhkan ukhwah. Itulah senjata kita.

Leave a comment »

DAP Selangor terlampau bodoh?

Isunya DAP Selangor mengatakan jika terjadi gabungan PAS-UMNO, maka PAS telah melakukan pengkhianatan terhadap rakyat bukan Muslim dan Muslim yang tidak menyokong dasar perkauman UMNO.

Saya tidak bermasalah dengan hal pengkhianatan PAS jika PAS dan UMNO bergabung. Saya bersetuju dengan DAP Selangor. PAS memang mengkhianati mereka yang mengundi mereka dalam pilihanraya yang lepas kerana penyatuan PAS-DAP-PKR dalam mengelak untuk bertembung sesama sendiri, adalah semata-mata untuk menumbangkan BN. Betul, PAS khianat, sekurang-kurangnya di mata rakyat bukan Islam walaupun tidak di mata saya.

Tetapi, tidakkah DAP Selangor mahu mengambil langkah yang lebih bijaksana dalam membuat kenyataan, seperti yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw yang menyatakan beliau berpegang pada kenyataan Tuan Guru Hadi Awang yang memberi jaminan, PAS TETAP SETIA DENGAN PAKATAN!

Kenapa ‘genius’ sangat DAP Selangor untuk mengikut membuta tuli dengan kenyataan ala-ala Karpal Singh? Kan PAS dan DAP berpakat? Partner apa yang bodoh sangat mempersoalkan kejujuran partner mereka sendiri? Lagi sekali, bodoh tak rakan pakatan seperti mereka ni? Baik tak payah berpakat kalau masing-masing tak percaya!

Comments (4) »

PAS patut tidak bersetuju

Isunya PAS tidak bersetuju dengan papan tanda di George Town yang akan menggunakan pelbagai bahasa. Pertama kali saya membaca berkenaan hal ini di blog Saudara Faisal Tehrani yang mengulas tentang cadangan seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Katanya, di Beijing tiada dijumpai langsung satu pun papan tanda yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Turkey yang dibanjiri pelancong dari Jepun setiap tahun, yang boleh dijadikan alasan konkrit bagi meletakkan papan tanda berbahasa Jepun, tidak juga menyediakan papan tanda dalam bahasa tersebut, malah bangga dengan bahasa mereka sendiri.

Jadi, bagaimana DAP yang memperjuangkan bangsa Malaysia untuk Malaysia boleh mengeluarkan idea tersebut? Flip-flop adalah suatu jenayah bagi saya. Menipu. Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi Malaysia. Dalam kemunduran dan kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan sendiri, adakah perlu kita mengagungkan bahasa lain?

Malaysian Malaysia? Karutlah, DAP!

Comments (3) »