Bermacam pihak telah memberi komen mereka berkenaan dengan hal forum awam yang telah dianjurkan oleh Majlis Peguam. Ada yang kontra, pro, negatif, positif dan sebagainya. Tetapi bagi saya, saya berpegang teguh dengan pendapat-pendapat pemimpin-pemimpin dalam PAS. Bukan sahaja soal wala’ dalam jemaah tetapi juga kerana demokrasi dalam PAS yang tidak akan saya temui dalam mana-mana parti lain.
Dalam PAS, anda boleh cari macam-macam ulasan. Dari hal Carburator Dang, hal muzakarah, semuanya menampakkan demokrasi yang sangat subur dalam PAS. Cuba cari di mana lagi demokrasi begini? Dalam DAP? Ah, langkah mayat dulu! PKR? Tak, Anwar tu “Tuhan” kedua. UMNO? UMNO-lah yang membentuk demokrasi paling teruk di muka bumi ini. Dari pandangan UMNO-lah kita melihat demokrasi seperti hari ini.
Berbalik pada hal forum, saya bersetuju dengan pendapat Anwar. Boleh dilangsungkan tetapi biarlah secara tertutup. Mesej yang mahu disampaikan, dapat dijelaskan dengan baik, tanpa huru-hara dari hal protes.
Tergelak juga saya melihat banyak pihak yang lebih menumpukan pada hal protes, dari hal pengisian yang disampaikan oleh forum tersebut. Ini termasuklah portal Malaysiakini. Di mana saya mahu dapatkan pengisian forum tersebut kerana semua media memainkan isu protes? Walaupun setengah jam, ia tetap suatu yang boleh dikongsi.
Sedihnya, hal protes yang menjadi isu. Lalu berbangkitlah pandangan orang-orang yang pro-demokrasi, yang mengagungkan kebebasan bersuara sebagai Tuhan, membantai MP PKR yang kononnya telah merosakkan nama PKR. Sebenarnya saya pun musykil mengapa YB Zulkifli Nordin memilih PKR sebagai medannya untuk berjuang dan bukan PAS. Mungkin kerana hal sentimental dengan Anwar.
Saya teragak-agak untuk menyetujui manakah pandangan yang lebih tepat antara Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin atau Ustaz Idris Ahmad. Kedua-duanya nampak kontra. Lihat, ini demokrasi tulen dalam PAS. Bodoh siapa yang tak pandai tengok!
Ustaz Idris Ahmad dalam blognya menyatakan,
”Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik mula dilihat bagaimana Inggeris menghormati Islam dan tahu mana kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam. Mereka tahu batasan orang Melayu iaitu Islam. Inggeris memutuskan bahawa soal agama diurus oleh sultan dan soal pentadbiran dikendalikan oleh Residen Inggeris. Kenapa ini berlaku kerana Inggeris tahu bahawa orang melayu sensitif terhadap agama mereka.”
Hanipa Maidin pula menyatakan,
”The main reason why such forum should be allowed to be held is that it did not only invite the non muslims as speakers. There were muslim speakers who were invited to air their views in the said forum. These three speakers, I believe , were competent to defend the muslims’ interest in that forum. When two out of the said three speakers pulled out from the forum at the eleventh hour , the inescapable conclusion was that the muslim scholars were not ready to engage intellectually with other non muslim speakers in that forum. The pulling out, with respect, was not the good option.”
(Alasan yang sebenarnya kenapa forum seperti itu patut dibenarkan untuk diadakan adalah kerana ianya tidaklah hanya menjemput bukan Islam sebagai penceramah tetapi juga terdapat penceramah Muslim untuk mengutarakan hujah mereka. Ketiga-tiga mereka, saya percaya, berkelayakan untuk mempertahankan kepentingan golongan Muslim dalam forum tersebut. Apabila dua daripada tiga orang penceramah telah menarik diri saat-saat akhir, kesimpulan yang tidak dapat dielakkan adalah cerdik pandai Muslim ini masih lagi tidak bersedia untuk terlibat dengan penceramah bukan Islam dalam forum tersebut. Penarikan diri ini, dengan hormat, tidaklah suatu pilihan yang baik.)
Bagi saya, kedua-dua pandangan ini boleh digabungkan menjadi satu. Untuk waktu sekarang, mengikut waqie, pandangan Ustaz Idris Ahmad lebih saya gemari tetapi saya amat menyetujui pendapat Saudara Hanipa untuk masa hadapan. Kita, orang Islam perlu lebih proaktif dan menghasilkan produktiviti yang tinggi dalam ingin mengharungi arus di zaman yang penuh dengan cabaran seperti hari ini.
Jangan terus bersikap eskapistik, dengan sentiasa menidakkan forum ilmiah kerana sensitiviti kita terhadap agama kita. Ulama’-ulama’ Islam perlu mempergiatkan penerangan, bukan hanya protes dengan makian semata-mata. Kita perlu proaktif, bukan reaktif. Raikan forum berbentuk ilmiah, bukan kerana kebebasan bersuara tetapi kerana kita prihatin terhadap agama kita!
Anjurkan forum ilmiah balas kepada apa yang telah dianjurkan oleh Majlis Peguam. Dan saya cabar kepada mana-mana pihak untuk mengadakan forum perbandingan agama, jika umat bukan Islam sudah beria-ia sangat ingin kepada celik agama. Kita tengok siapa pula yang protes! Atau siapa pula yang akan dipindah sekolah kerana kata-kata yang kononnya “racist” (kenapa freedom of speech tidak dirai dalam hal ini?). Hehe.
Saya bukan liberal dan tidak berbangga-bangga kerana saya liberal.