Posts tagged Malaysiakini

Perkauman – Cerita Lama yang Sama

Kembali lagi Malaysia dengan cerita perkauman selepas seorang amoi menulis satu catatan di blognya dengan menghina kaum India. Blog amoi yang tidak dikenali, juga kurang dikemaskini, tiba-tiba mendapat hits yang tinggi mencecah 9000. Terima kasih kepada Malaysiakini.

Hindraf dengan tidak mempedulikan diri mereka sendiri yang bersifat perkauman, membuat laporan polis macam budak-budak kecil. Signifikankah tindakan membuat laporan polis terhadap suatu blog sosial yang dikunjungi kenalan-kenalan rapat sahaja dan langsung tiada pengaruh seperti Malaysia Today?

Cerita perkauman ini hanyalah cerita lapuk yang sama. Diulang-ulang oleh media tanpa kesudahan. Tiada lagikah rundingan pintu tertutup bagi menyelesaikan hal seremeh ini? Perlukah hal ini mendapat perhatian sebegini rupa? Perlukah laporan polis dibuat untuk meredakan isu perkauman?

Sensasi isu perkauman ini mainan politik tak habis. Barangkali ada yang mahu menuduh UMNO mastermind dalam hal ini? Saya tak kisah. Cuma yang dapat saya lihat, Hindraf kebudak-budakan.

Comments (5) »

Hentikan Propaganda Bodoh!

Lepas satu deadline (23hb September dan 16hb September), satu lagi deadline (rujuk Malaysiakini untuk mengetahui lebih lanjut). Kini 1hb Oktober (sesetengahnya mengatakan 9hb Oktober) pula menjadi detik penungguan penyokong totok Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada profesional hinggalah orang kampung yang tidak ketahuan apa-apa. Anwar itu dipercayai sepenuh hati. Yang liberal pun jadi konservatif. Memaki orang-orang yang tidak mempercayai Anwar. Kah kah kah!

Hentikanlah propaganda bodoh ini. Tumpukan perhatian untuk menjadi ketua pembangkang yang terbaik. Fokuskan dahulu kepada lima negeri yang dapat diperintah dari kejayaan “lebih kuah dari sudu” pilihanraya lepas itu.

Jika semua sibuk dalam merancakkan propaganda bodoh ini, siapa yang mahu bekerja untuk rakyat? Tahukah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, bahawa ekonomi Malaysia semakin teruk? Kamu fikir tak tentang rakyat-rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah? Mereka tersempit, lagi pula kamu ingin menyempitkan mereka dengan propaganda bodoh ini.

Propaganda seperti ini tidak menambahbaikkan ekonomi negara. Tiadakah idea-idea dari pemikir Pakatan Rakyat untuk dipersembahkan supaya ekonomi kita kembali stabil?

Uruskan dengan cemerlang dahulu lima negeri yang dimenangi secara jantan. Barulah impi-impikan untuk mendapat kerajaan pusat. Penuhi janji-janji manifesto.

Comments (6) »

Satu Lagi “Deadline”

Esok satu lagi deadline yang diwar-warkan Anwar dan puak fanatik beliau (lihat Malaysiakini). Jika tiada sidang parlimen khas esok, maka Pakatan akan membawa isu ini kepada pengetahuan Agong.

Saya berfikiran positif walaupun saya sudah cop Anwar penipu kerana janji beliau pada 16hb September yang didakwa pertukaran kerajaan akan berlaku, padahal setelah seminggu, masih lagi tiada tanda-tanda. Tidak membohongkah itu? Yang lagi tidak masuk akal, pemimpin PAS totok di belakang Anwar, semacam lembu dicucuk hidung. Tidakkah begitu wahai fraksi Anwar dalam PAS, sehingga sanggup memperli atau mengata-ngata kawan satu tarbiyah?

Saya positif dengan satu lagi peluang untuk Anwar bagi membentuk kerajaan. Jika beliau tidak membawa isu no-confidence ini kepada Agong selepas Pak Lah tidak bersetuju untuk mengadakan sidang parlimen luar biasa, maka beliau penipu besar abad ini.

Bukan masalah niat beliau untuk menubuh kerajaan itu yang salah (tetapi tetap tidak bermoral!), tetapi janganlah biarkan sampai menipu penyokong totok Pakatan yang terkeluar air liur menunggu pertukaran kerajaan dari satu ke satu tarikh.

Jika ini adalah perang psikologi Anwar terhadap BN, tidak perlulah sampai memain-mainkan rakyat begini. Siapa cakap ekonomi negara tidak terjejas jika permainan ini diteruskan?

Kali ini, Anwar perlu serius. Mengikut satu artikel di Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, Elizabeth Wong yang baru pulang dari aktiviti kejar-mengejar MP BN di Taiwan, menyatakan dengan yakin bahawa pertukaran kerajaan akan berlaku lebih awal dari Oktober, November atau Disember. Maknanya pertukaran kerajaan akan berlaku sebelum umat Islam menyambut hari raya?

Kata-kata yang yakin dari Elizabeth Wong itu seolah-olah pernah kedengaran sekitar bulan lima atau enam dahulu.

Lebih baik perkara ini betul!

Comments (3) »

Rakyat Sabah Masih Sayangkan BN

Dalam posting saya tentang rancangan 16hb September oleh Anwar yang tidak menjadi, seorang komentator yang kononnya mewakili rakyat Sabah, Anak Sabah telah menulis:

Wahai orang-orang yang budiman. Saya orang Sabah tak pernah rasa tertipu oleh saudara DSAI. Malah saya berbangga kerana merasakan suara hati saya (mungkin anda semua) sedikit sebanyak diterjemahkan oleh saudara DSAI melalui kempen-kempen politik beliau. Melalui kesempitan hidup dengan harga barang yang melambung tinggi, tapi YB-YB BN di Sabah tiada yg berani bersuara..
Kenapa??? Kerana kebanyakan mereka dah kenyang makan komisyen dari projek-projek kerajaan BN.. Untunglah ada manusia lagi yang bernama DSAI yang berani mengkritik kerajaan BN yang masih lagi `PERASAN` yang mereka ini kununnya masih lagi pembela nasib orang melayu. Fikirla
.

(Diedit dengan menggunakan tulisan penuh kerana saya geli dengan bahasa SMS)

Nampaknya komentator tersebut mungkin tidak kesampaian untuk mewakili rakyat Sabah, mungkin hanya dapat capai taraf wakil suara PKR Sabah. Berita Malaysiakini berkenaan orang nombor dua SAPP dan juga 2000 ahli SAPP yang bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan tindakan SAPP berpecah dari BN, menjadi justifikasi saya.

Ya, mungkin kecil bilangan 2000 itu tetapi sudah dapat membayangkan bahawa rakyat Sabah masih lagi sayangkan BN. Ditambah lagi SAPP yang tidak akan memeluk Pakatan dan kekal bebas (saya pun mahu PAS berbuat demikian!).

Saya tidak nampak rakyat Sabah terpengaruh dengan kempen Anwar untuk memperbaiki kehidupan mereka. Yang saya baca dan dengar, cuma propaganda media-media di internet mensensasikan hal ini, seolah-olah rakyat Sabah telah sepenuh hati menerima Anwar. Ah, saya tertipu.

Jika Anwar mendapat bilangan ahli Parlimen yang didakwanya untuk menubuh kerajaan katak, tidak lagi dapat justifikasikan sokongan rakyat Sabah terhadapnya. Kerana, mentaliti pengundi di Malaysia ini, lebih-lebih lagi di Sabah, masih mengutamakan parti daripada calon. Seperti kata Dr M, letak tunggul sebagai calon pun, BN boleh menang!

Mungkin posting-posting saya nampaknya boleh ditafsirkan orang sebagai anti-Anwar, fraksi UMNO dalam PAS atau pembenci DAP, tetapi ketahuilah saya cuma hendakkan yang terbaik untuk PAS.

Comments (7) »

Retorik DAP

Sibuk sangat dunia Malaysia ini dengan kenyataan perkauman Datuk Ahmad Ismail (rujuk pelbagai berita mengenainya di Malaysiakini) sehingga Najib sendiri dengan tidak malunya terpaksa meminta maaf kepada kaum Cina. Dan mereka menolaknya.

Let’s take it aside kerana saya ada juga tuntutan maaf yang hendak dibuat. Cuba lihat gambar ini. Teresa Kok mempersoalkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda sebagai menjustifikasikan kehendak kaum Cina untuk meletakkan bahasa Mandarin di papan tanda.

Perbuatan Teresa ini bodoh. Tidak memahami sensitiviti orang Melayu (atau memang tidak pernah?). Kalau orang cakap kaum Cina sebagai penumpang, bagai nak rak dibuat isu. Dalam gambar itu, siapa yang bersifat perkauman? Saya terhiris disebabkan saya dibesarkan dalam keluarga yang tahu dan kuat berpegang tulisan jawi. Teresa Kok mungkin tidak mengetahui sejarah tulisan jawi.

Tulisan jawi bukan tulisan arab, cuma ia berasal dari arab dengan serba sedikit ditambah hurufnya seperti Ca, Nya yang tidak terdapat dalam tulisan arab. Teresa Kok buta sejarah ke? Tulisan jawi lebih mendahului tulisan rumi di Tanah Melayu ini. Jika nak dipersoalkan pun, persoalkanlah tulisan rumi.

Di zaman British, mereka menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. Kalau di waktu kemerdekaan dahulu, saya rasa saya lebih sanggup menerima penjajah British dari kaum pendatang Cina berdasarkan penghargaan dan sensitiviti mereka terhadap budaya tempatan.

Ewah ewah ewah, Malaysian Malaysia konon! Pigidah, DAP!

Comments (13) »

Satu Lagi Isu Rasis

Satu lagi isu rasis. Kali ini melibatkan parti MCA dan Naib Canselor UiTM.

Berkenaan UiTM untuk bukan bumiputra, silap jika MCA menyatakan bahawa perpaduan nasional akan dapat dipupuk dengan memberi kuota kepada bukan bumiputra. Lihat sahaja kebanyakan IPTA/S di seluruh negara. Terpupukkah perpaduan nasional?

Bukannya silap UiTM tidak menawarkan tempat untuk bukan bumiputra tetapi kerangka pemikiran puak-puak kauvinis yang perlu diperbetulkan. Mengapa kaum Cina mahu menolak asimilasi seperti yang berlaku ke atas golongan Baba dan Nyonya? Songkok pun tak mahu?

Manakah kaum Cina yang *memperjuangkan kebaikan orang Melayu? Yang kedengaran hanyalah satu kes demi satu kes yang ditimbulkan oleh kaum Cina sebagai rasis, sehinggakan masyarakat melihat rasis sebagai membela Melayu.

Ingatkah kita dahulu tentang kes-kes yang menampakkan sikap perkauman syarikat-syarikat Cina di iklan-iklan akhbar bahasa Inggeris? Yang tertulis seperti, “Muslims need not apply” atau yang tahu berbahasa Mandarin diberi keutamaan. Tidakkah benar apa yang dikatakan Naib Canselor UiTM itu?

MCA tidak perlu melatah dalam hal ini. Tunjukkan dulu yang kamu memperjuangkan bangsa Malaysia seperti PKR dan DAP.

*Setahu saya, Lim Guan Eng satu-satunya orang Cina yang sanggup dipenjarakan kerana seorang gadis Melayu yang teraniaya.

Comments (4) »

Malaysiakini Putar Belit?

Terbaca satu kenyataan Presiden PKPIM di blog Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tentang berita Malaysiakini yang melaporkan beliau memberi kredit kepada penganjur konsert Avril Lavigne dengan memuji Avril sebagai seorang yang “ok”. Padahal cerita di sebaliknya berlainan sekali.

Wah, Malaysiakini sudah terkena bahang media arus perdana? Apa yang boleh diharapkan dengan kebebasan media? Sejak kebelakangan ini juga, saya perhatikan berita-berita di Malaysiakini lebih terarah kepada menjayakan kempen Anwar. Baguslah. Setidak-tidaknya ia telah membuktikan bahawa tidak wujud sama sekali kebebasan mutlak yang banyak diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak menang pilihanraya lepas.

Dan kepada sesiapa yang menganggap personaliti Avril Lavigne itu ok dan sesuai dengan imej Malaysia, apa kata jenguk ke blog ini. Mungkin anda akan berubah hati terhadap penyanyi kesayangan anda ataupun anda mahukan anak-anak anda berakhlak sepertinya. Terpulang. Itu hak demokrasi anda.

Leave a comment »