Posts tagged MCA

Isu Perkauman Provokasi Ahli Politik

Merujuk berita Malaysiakini yang memaparkan cadangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan supaya parti yang berasaskan perkauman dibubarkan, saya sepenuh hati menyatakan sokongan pada cadangan itu.

Selama ini isu perkauman banyak dihangatkan kerana parti-parti tersebut ingin menjaga status-quo di kalangan kaum masing-masing agar mereka terus relevan. Ini termasuk kes Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini dan banyak lagi kes sebelumnya.

Bagi saya, tindakan yang bijak adalah tidak mensensasikan hal ini kerana penduduk Malaysia sudah sedia maklum, sesiapa yang memainkan isu perkauman itu adalah dari jenis minoriti dan tidak mewakili suara satu-satu kaum.

Datuk Ahmad tidak perlu diberi publisiti berlebih-lebihan kerana beliau hanya menjalankan tugas parti sahaja dan untuk menonjolkan dirinya sebagai hero Melayu. Padahal di mata kebanyakan rakyat Malaysia, beliau hanyalah ahli politik murahan.

Begitu juga dengan pemimpin MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbau perkauman, cuma ianya tidak disensasikan seperti kenyataan Datuk Ahmad.

Realiti di akar umbi, malahan di universiti saya, tidak pernah timbul isu-isu begini. Saya sendiri mempunyai seorang kawan Cina yang amat rapat sekali sehinggakan setiap kali ada projek atau assignment, saya akan bersamanya dalam satu kumpulan.

Jadi, saya berharap sangat, ahli politik jangan jadi bodoh untuk menyemarakkan api perkauman. Jangan biarkan idea yang tidak laku ini terjual seperti pisang goreng panas di masa hadapan. Cegahlah mulai sekarang. Bubarkan parti perkauman.

Oh, lupa untuk saya peringatkan, parti-parti bersifat pelbagai bangsa pula perlulah memantapkan organisasi mereka. Janganlah terlalu menonjol perjuangan yang hanya mengundang laba bagi kaum tertentu sahaja.

Leave a comment »

Satu Lagi Isu Rasis

Satu lagi isu rasis. Kali ini melibatkan parti MCA dan Naib Canselor UiTM.

Berkenaan UiTM untuk bukan bumiputra, silap jika MCA menyatakan bahawa perpaduan nasional akan dapat dipupuk dengan memberi kuota kepada bukan bumiputra. Lihat sahaja kebanyakan IPTA/S di seluruh negara. Terpupukkah perpaduan nasional?

Bukannya silap UiTM tidak menawarkan tempat untuk bukan bumiputra tetapi kerangka pemikiran puak-puak kauvinis yang perlu diperbetulkan. Mengapa kaum Cina mahu menolak asimilasi seperti yang berlaku ke atas golongan Baba dan Nyonya? Songkok pun tak mahu?

Manakah kaum Cina yang *memperjuangkan kebaikan orang Melayu? Yang kedengaran hanyalah satu kes demi satu kes yang ditimbulkan oleh kaum Cina sebagai rasis, sehinggakan masyarakat melihat rasis sebagai membela Melayu.

Ingatkah kita dahulu tentang kes-kes yang menampakkan sikap perkauman syarikat-syarikat Cina di iklan-iklan akhbar bahasa Inggeris? Yang tertulis seperti, “Muslims need not apply” atau yang tahu berbahasa Mandarin diberi keutamaan. Tidakkah benar apa yang dikatakan Naib Canselor UiTM itu?

MCA tidak perlu melatah dalam hal ini. Tunjukkan dulu yang kamu memperjuangkan bangsa Malaysia seperti PKR dan DAP.

*Setahu saya, Lim Guan Eng satu-satunya orang Cina yang sanggup dipenjarakan kerana seorang gadis Melayu yang teraniaya.

Comments (4) »

MCA yang Kelakar

Tak habis-habis dengan isu rasis. Terbaharu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mempopularkan istilah “Cina Menumpang”. Dan seperti biasa, kaum Cina marah sehinggakan Datuk Ahmad yang tak terkenal tu, jadi glamer.

Saya tidak mahu membela Datuk Ahmad dalam hal ini kerana saya benci orang yang bersifat rasis. Memang Datuk Ahmad perlu memohon maaf ke atas kata-katanya walau apa jua alasannya. Saya menyokong tindakan pihak MCA supaya Datuk Ahmad dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.

Tetapi saya rasa saya mempunyai idea yang lebih bernas untuk difikirkan oleh parti MCA. Keluar dari Barisan Nasional. Ya, UMNO dari dulu, kini dan selamanya adalah suatu parti rasis ultra-Melayu. Yang lu pigi join diolang apahal? Lu balaci saja dari dulu, kini dan selamanya. Haram jadah UMNO mahu mengambil tindakan terhadap sikap rasis seperti itu. Mereka itu sendiri perjuangkan rasis!

Takkah bangang bagi UMNO mengambil tindakan terhadap ahlinya yang memperjuangkan dasar mereka sendiri? Bangun dari tidurmu, MCA.

Dan saya mohon juga pada MCA, agar tidak mengambil sikap selektif terhadap isu rasisma. Rasisma tidak berlaku pada golongan Cina sahaja. Note that.

Comments (6) »