October 9, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, Mahathir, Najib, Pak Lah, PKR, UMNO
Malaysiakini melaporkan bahawa Pak Lah tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Bagi saya, berita ini ada khabar yang baik dan juga buruk.
Yang baik mestilah tertuju kepada Barisan Nasional. Pak Lah lebih kepada duri dalam daging bagi Barisan Nasional. Dengan ketiadaan Pak Lah, rombakan struktur Barisan Nasional mungkin akan berlaku dan lebih mantap untuk masa hadapan.
Yang buruk ialah Najib sebagai pengganti. Najib lebih teruk dari Pak Lah dari segi moralnya. Dikelilingi dengan bermacam-macam kontroversi, ramai yang mempersoalkan bagaimana Najib mahu mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Najib kelihatan lebih mudah untuk dihadapi oleh Anwar.
Tunggu dan lihat sajalah. Bagi saya, Perdana Menteri terbaik masih lagi jatuh kepada Dr Mahathir walaupun digelar Diktator dan tidak Islamik. Sekurang-kurangnya beliau telah melaksanakan tugas-tugas dasar sebagai Perdana Menteri.
Anwar atau Dr M? Saya rasa Anwar lebih teruk. Apa beza PKR dan UMNO? Rumpunnya sama. Apalah yang boleh diharapkan dari PKR? Zina itu pun dikatakan sedekah.
September 23, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, Malaysiakini, Pakatan Rakyat, PKR
Lepas satu deadline (23hb September dan 16hb September), satu lagi deadline (rujuk Malaysiakini untuk mengetahui lebih lanjut). Kini 1hb Oktober (sesetengahnya mengatakan 9hb Oktober) pula menjadi detik penungguan penyokong totok Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada profesional hinggalah orang kampung yang tidak ketahuan apa-apa. Anwar itu dipercayai sepenuh hati. Yang liberal pun jadi konservatif. Memaki orang-orang yang tidak mempercayai Anwar. Kah kah kah!
Hentikanlah propaganda bodoh ini. Tumpukan perhatian untuk menjadi ketua pembangkang yang terbaik. Fokuskan dahulu kepada lima negeri yang dapat diperintah dari kejayaan “lebih kuah dari sudu” pilihanraya lepas itu.
Jika semua sibuk dalam merancakkan propaganda bodoh ini, siapa yang mahu bekerja untuk rakyat? Tahukah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, bahawa ekonomi Malaysia semakin teruk? Kamu fikir tak tentang rakyat-rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah? Mereka tersempit, lagi pula kamu ingin menyempitkan mereka dengan propaganda bodoh ini.
Propaganda seperti ini tidak menambahbaikkan ekonomi negara. Tiadakah idea-idea dari pemikir Pakatan Rakyat untuk dipersembahkan supaya ekonomi kita kembali stabil?
Uruskan dengan cemerlang dahulu lima negeri yang dimenangi secara jantan. Barulah impi-impikan untuk mendapat kerajaan pusat. Penuhi janji-janji manifesto.
September 23, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, Malaysiakini, Pakatan Rakyat, PKR
Esok satu lagi deadline yang diwar-warkan Anwar dan puak fanatik beliau (lihat Malaysiakini). Jika tiada sidang parlimen khas esok, maka Pakatan akan membawa isu ini kepada pengetahuan Agong.
Saya berfikiran positif walaupun saya sudah cop Anwar penipu kerana janji beliau pada 16hb September yang didakwa pertukaran kerajaan akan berlaku, padahal setelah seminggu, masih lagi tiada tanda-tanda. Tidak membohongkah itu? Yang lagi tidak masuk akal, pemimpin PAS totok di belakang Anwar, semacam lembu dicucuk hidung. Tidakkah begitu wahai fraksi Anwar dalam PAS, sehingga sanggup memperli atau mengata-ngata kawan satu tarbiyah?
Saya positif dengan satu lagi peluang untuk Anwar bagi membentuk kerajaan. Jika beliau tidak membawa isu no-confidence ini kepada Agong selepas Pak Lah tidak bersetuju untuk mengadakan sidang parlimen luar biasa, maka beliau penipu besar abad ini.
Bukan masalah niat beliau untuk menubuh kerajaan itu yang salah (tetapi tetap tidak bermoral!), tetapi janganlah biarkan sampai menipu penyokong totok Pakatan yang terkeluar air liur menunggu pertukaran kerajaan dari satu ke satu tarikh.
Jika ini adalah perang psikologi Anwar terhadap BN, tidak perlulah sampai memain-mainkan rakyat begini. Siapa cakap ekonomi negara tidak terjejas jika permainan ini diteruskan?
Kali ini, Anwar perlu serius. Mengikut satu artikel di Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, Elizabeth Wong yang baru pulang dari aktiviti kejar-mengejar MP BN di Taiwan, menyatakan dengan yakin bahawa pertukaran kerajaan akan berlaku lebih awal dari Oktober, November atau Disember. Maknanya pertukaran kerajaan akan berlaku sebelum umat Islam menyambut hari raya?
Kata-kata yang yakin dari Elizabeth Wong itu seolah-olah pernah kedengaran sekitar bulan lima atau enam dahulu.
Lebih baik perkara ini betul!
September 17, 2008
· Filed under Myself · Tagged Anwar, DAP, Pakatan Rakyat, PAS, PKR
Tiada perubahan kerajaan pada 16hb September. Paling terakhir, Malaysiakini melaporkan kenyataan Tian Chua yang menyatakan Anwar akan mengadap Agong dalam hal tersebut.
Nyata menipu. Teringat lagi pada masa beberapa bulan dahulu, pemimpin tertinggi PKR dengan megahnya mengatakan bahawa tarikh 16hb September itu sudah “terlalu lewat” bagi menubuhkan kerajaan baru. Sekarang, 16hb pun masih terhegeh-hegeh.
Anwar menipu dan saya lebih menyokong Mustafa Ali daripada kenyataan emosi Tuan Guru Nik Aziz. Semua sudah nyanyuk kerana Anwar.
Dalam posting terbaru, Uncle Lim Kit Siang juga sudah nyanyuk kerana penangan Anwar. Ini berdasarkan posting di blog sahaja. Pada tahun lepas, tiada pula Lim Kit Siang mengucapkan “Happy Malaysia Day“? Kenapa sekarang?
Anwar berjaya menipu pemimpin-pemimpin besar. Kah kah kah! (ikut gaya Hishamuddin Rais).