Muzakarah (atau Muqabalah) PAS dan UMNO

Ramai pihak tidak memahami prinsip di sebalik muzakarah antara PAS dan UMNO. Sebenarnya, saya lebih memahami muzakarah ini sebagai satu cara penyatuan Melayu-Islam untuk berfikiran sama dan berpendapat yang sama dalam hal kepentingan kaum Melayu dan agama Islam.

Sepatutnya penyatuan seperti ini digalakkan kerana telah berapa lama kita sentiasa bergaduh dalam hal kepentingan kita sendiri. Cuba saja kita lihat kaum Cina. Walaupun mereka berlainan parti, sama ada DAP, MCA atau Gerakan, mereka tetap bersatu dalam hal survival kaum mereka. Inilah yang tiada pada kaum Melayu.

Jadi, kenapa perlu Lim Kit Siang mempersoalkan akan perkara ini? Ini bukan hal yang boleh dimasukkan dalam bab rasisma atau perkauman. Ini adalah soal fundamental bagi apa pun kaum di dunia ini. Etnosentrisma berlainan fahamannya berbanding rasisma.

Kita ketepikan persoalan politik dalam hal ini, seperti UMNO tidak ikhlas kerana terdesak meraih sokongan atau menuduh UMNO sendiri yang menghancurkan kaum Melayu. Ketepikan kerana apa yang lebih penting adalah peluang untuk PAS mendekati UMNO ini jangan disia-siakan. Bukankah dahulu PAS beria-ia mengajak UMNO bermuzakarah? Lantas kenapa peluang yang ada dibiarkan begitu sahaja ketika UMNO lemah?

Muzakarah tidak semestinya menuntut gabungan dalam satu pakatan. Mana-mana individu atau kumpulan yang berfikiran seperti itu adalah golongan yang cetek pemikirannya. Ya, cetek. PAS boleh sahaja berfikiran kritikal terhadap DAP dan PKR dalam hal-hal tertentu. Inilah dinamakan demokrasi tulen. UMNO boleh saja menyokong pendirian PAS walaupun berlainan barisan atau pakatan. Sekarang bukan lagi zaman demokrasi ala-UMNO yang menyebabkan MCA, MIC dan Gerakan dalam Barisan Nasional tidak kritikal dan menjadi anjing suruhan UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: