DAP Selangor terlampau bodoh?

Isunya DAP Selangor mengatakan jika terjadi gabungan PAS-UMNO, maka PAS telah melakukan pengkhianatan terhadap rakyat bukan Muslim dan Muslim yang tidak menyokong dasar perkauman UMNO.

Saya tidak bermasalah dengan hal pengkhianatan PAS jika PAS dan UMNO bergabung. Saya bersetuju dengan DAP Selangor. PAS memang mengkhianati mereka yang mengundi mereka dalam pilihanraya yang lepas kerana penyatuan PAS-DAP-PKR dalam mengelak untuk bertembung sesama sendiri, adalah semata-mata untuk menumbangkan BN. Betul, PAS khianat, sekurang-kurangnya di mata rakyat bukan Islam walaupun tidak di mata saya.

Tetapi, tidakkah DAP Selangor mahu mengambil langkah yang lebih bijaksana dalam membuat kenyataan, seperti yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw yang menyatakan beliau berpegang pada kenyataan Tuan Guru Hadi Awang yang memberi jaminan, PAS TETAP SETIA DENGAN PAKATAN!

Kenapa ‘genius’ sangat DAP Selangor untuk mengikut membuta tuli dengan kenyataan ala-ala Karpal Singh? Kan PAS dan DAP berpakat? Partner apa yang bodoh sangat mempersoalkan kejujuran partner mereka sendiri? Lagi sekali, bodoh tak rakan pakatan seperti mereka ni? Baik tak payah berpakat kalau masing-masing tak percaya!

4 Responses so far »

  1. 1

    Micha said,

    DAP Selangor bodoh ker atau lidah ko bercabang dua? Sape yang ader otak pon tau PAS main tikam belakang. DAP Selangor lebih berterus terang. Hanya orang bodoh yang percaya kat partner yang main belakang. hehehehe

    [Definasikan “main belakang”. Kalau ia dimaksudkan dengan bicara sulit PAS dan UMNO selepas pilihanraya, bagaimana sekarang? Ada tak PAS setuju dengan tawaran UMNO? Ada? Come onlah, takkan PAS nak cakap dengan sesiapa, perlu lapor pada DAP? DAP tu siapa?]

  2. 2

    mcass said,

    kita kena siapakah yang mulakan segala-gala masalah in.

    siapa?

  3. 3

    kalimah said,

    anyway DAP memang bodoh.. tak percaya kat rakan pakatan.. PAS tak pernah peduli affair DAP. selama ini sejak dari 1990.. asyik2 DAP yg bodoh je yg dok sibuk affair PAS..kata negara demokrasi.. lantak lah PAS nak buat apa.. hudud ke .. qisas ke… apa yg DAP dok sibuk hal org.. mcm KARPAL SINGh tua nak mampus… persoal sultan dsbnya…

  4. 4

    puakangkang said,

    Saya sangat setuju PAS dan UMNO adakan muzakarah ke, muqabalah ke, apa apa lah..demi nama perpaduan kaum dan Islam. Tapi apa kata mereka bermula dengan negeri dimana perpaduan Melayu berada di tahap yang paling rendah ia itu Kelantan. Bukankah lebih baik Pas dan UMNO berkongsi kuasa disini sebagai bukti keihklasan mereka dalam perjuangkan Perpaduan bangsa dan agama. Kenapa tak marah ngan little napoleons dalam PAS yang masih diulit mimpi untuk bercengkerama dengan UMNO walaupun selepas Tok Guru menolak nya. Itu bukan nama nya bodoh.
    [Apa yang melambangkan KEIKHLASAN dengan bergabung? Tak nampak. Siapakah yang dimaksudkan dengan Little Napoleons? Siapa yang bercengkerama dengan UMNO? Banyak sangat persoalan yang timbul dari saudara sendiri. Tiada fakta.]


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: