Anwar Menang, Pakatan Keawangan

Anwar menang dengan majoriti lebih besar – menurut Malaysiakini, dengan pertambahan undi sebanyak 857 “sahaja” – menurut Agendadaily. Walau bagaimanapun, harapan saya tidak kesampaian untuk melihat Anwar menang dengan majoriti yang lebih kecil.

Mengapa saya mahu majoriti Anwar lebih kecil? Kenapa tidak saja mengharapkan beliau kalah? Saya bukanlah pembenci Anwar atau pengagungnya, cuma mahukan beliau ke parlimen untuk mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat (saya tidak pula mengharapkan kerajaan katak). Jadi, mengapa mahukan majoriti lebih kecil? Kerana saya percaya apa yang telah Che Det perkatakan. Saya mahu Pakatan Rakyat sedar hakikat pilihanraya tempohari. Rakyat menolak BN kerana protes, bukan polisi murahan freedom of speech yang diperjuangkan oleh PKR atau Malaysian Malaysia oleh DAP ataupun Negara Kebajikan PAS. Lebih kuah dari sudu.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh tidak menarik perhatian saya. Yang saya tunggu adalah 16 September ini. Tarikh itulah sebenarnya yang menentukan adakah Anwar berkata benar atau berbohong kepada seluruh penyokong Pakatan. Do or die bagi Anwar.

3 Responses so far »

  1. 1

    ahmad said,

    kita yang merancang,tuhan yang tentukan.. kalau tak dapat 16 september ini, 16 oktober @ 16 november @ 16 disember.. yang penting usaha.dan pastinya berbagai rintangan bakal dihadapi.

  2. 2

    LeeZ said,

    alaaa dah tak suka DSAI cakap jer la… jangan duk berdalih-dalih lah….

  3. 3

    zam88 said,

    saya masih yakin bahawa hanya BN sahaja yang mampu memerintah negara dengan baik dan menjaga kebajikan rakyat.saya tidak mahu pakatan rakyat memerintah.saya tidak yakin dengan kemampuan pakatan rakyat mentadbir negara kerana mereka hanya tahu bercakap sesuatu yang menyenangkan hati rakyat tetapi tidak menilai kesan jangka panjang kepada rakyat dan negara.cnthnya harga minyak akn turun jika mereka memerintah,tetapi apa kesannya kepada rakyat dn negara untuk jangka panjang.saya mahu kewujudan anuar ibrahim dan pakatan rakyat akan mendorong BN untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan mereka untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat malaysia terhadap BN sebagai pembela rakyat dan masa depan negara malaysia


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: