Ukhwah, dude!

Saya menghormati lain-lain blogawan PAS mahupun blogawan parti lain atau blogawan bebas. Saya kagumi tulisan Pak Bakaq, saya amat berterima kasih dengan tulisan Tulang Besi dan saya tertarik dengan keteguhan Roslan SMS dalam menegakkan Islam.

Membaca kritikan Tulang Besi terhadap Roslan SMS, saya tidak dapat menolak kata-kata MSO tentang pudarnya ukhwah di kalangan ahli PAS. Ya, ukhwah ahli PAS sudah pudar. Pudar sepudar-pudarnya selepas kejayaan “lebih kuah dari sudu” pada pilihanraya yang lepas.

Saya percaya tentang hujah hendaklah dilawan juga dengan hujah dan saya percaya juga, setiap manusia perlu terbuka menerima kritikan dan mengkritik. Akan tetapi ada suatu yang saya rasa tidak sedap hati dengan semua ini.

Ya, Tulang Besi ada hak mengkritik. Tiada yang dapat mempertikaikannya, tetapi tiadakah cara yang lebih berhikmah untuk mengkritik Roslan SMS yang dianggap tidak berhikmah dalam menghadapi DAP yang sekular? Perlukah semua ini dibuat secara terbuka sehingga kedengaran komen-komen kesat seperti menuduh Roslan SMS sebagai bastard?

Ukhwah dude! Ukhwah! Mengapa perlu menyerang sesama sendiri dalam keadaan terbuka sebegini? Atau adakah perlu Tulang Besi mengkritik secara terus, secara peribadi kepada Roslan SMS dalam keadaan terbuka? Tiadakah jalan lain untuk menyatakan, cara anda tidak berhikmah dalam menghadapi sekularis?

Jika Tulang Besi menuduh Roslan sebagai menguntungkan puak sekular, tidakkah hal yang sama tertuju pada Tulang Besi dalam hal ini?

PAS pasca-PRU 12 tidak lagi sama seperti sebelumnya. Sudah ramai yang gila kuasa dan glamer. Tidak spesifik kepada Tulang Besi atau sesiapa. Sama ada fraksi UMNO atau fraksi Anwar dalam PAS, semuanya seakan-akan sudah tergila-gilakan kuasa. Gila kuasa inilah yang akan menghancurkan PAS.

Ukhwah, dude! Kita gerakan Islam, jangan terikut-ikut dengan parti lain yang tiada sistem tarbiyah seperti kita. Kukuhkan ukhwah. Itulah senjata kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: