Di Sebalik Keseronokan Pembebasan Teresa

Saya bersimpati terhadap nasib Teresa Kok yang ditahan ISA baru-baru ini. Alhamdulillah, beliau telah selamat dibebaskan tanpa kekurangan fizikal dan juga semangatnya untuk berjuang.

Namun, saya sedikit terusik dengan berita di Malaysiakini berkenaan pengalaman Teresa berada dalam tahanan ISA. Saya sedikit terasa dengan takrifan beliau terhadap “makanan anjing”. Jika telur rebus, nasi dan ditambah timun dikatakan makanan anjing, jelas Teresa Kok selama ini tidak berpengalaman dalam menyelami hidup golongan miskin. Saya rasa beliau sekaligus telah menghina golongan miskin yang saban hari mungkin hanya mampu menjamah sekadar itu saja.

Kesilapan besar jika Teresa terus menghadapi perkara begini dengan rungutan yang melampau-lampau. Sebelum ini, saya tidak pernah mendengar mana-mana tahanan politik merungut seperti Teresa. Mungkin Teresa masih lagi mentah untuk memahami pahit getir perjuangan menegakkan hak rakyat.

Berkedudukan selesa dalam pejabat exco tidak mengubah apa-apa. Moga pengalaman dipenjarakan dapat mengajar Teresa supaya sentiasa memikirkan hal-hal rakyat yang miskin, bukan sibuk menghiraukan hal papan tanda.

Berkenaan hal papan tanda, adakah logik jawapan Teresa itu? Mempersoalkan papan tanda yang ditambah tulisan jawi sebagai pembaziran DBKL, manakala beliau pula mahukan papan tanda baru yang mengandungi semua bahasa? Jika penduduk marah kerana DBKL membazir, mengapa pula Teresa mahukan papan tanda lain? Bagi saya, Teresa cuma bersikap eskapistik.

Cukuplah retorik, tumpukan perhatian pada rakyat.

8 Responses so far »

  1. 1

    zam88 said,

    tahanan ISA di Malaysia bernasib baik jika dibandingkan dengan tahanan perang Amerika di Teluk Guantanamo.apa pun diharap agar teressa kok akan mendapat pengajaran yang berguna dan lebih pandai menjaga mulut pada masa akan datang serta tidak lagi mempertikaikan hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga kedudukan agama islam sebagai agama rasmi.

  2. 2

    Tawel said,

    Teresa ni tak pernah lagi agaknya jumpa orang yang makan mee segera sepanjang minggu..
    Bila seorang pemimpin menghina makanan, sahih dia tak ada jiwa rakyat.

  3. 3

    abd halim said,

    Inikah pemimpin yang mahu kita lantik kita patuh mereka jenis ni memang tidak pernah merasai kesusahan sebab tu mereka tidak pernah ambil tahu siapakah rakyat yang mereka pimpin. Mereka jenis hanya pandai berpantun dan berseloka sampailah kering kontang wang rakyat mereka pergunakan……………………

  4. 4

    Analah said,

    saya bersimpati dengannya. Tapi perlu diingat ISA untuk mereka yang memerlukannya. Sebagai pejuang itu semua cabaran yang perlu dihadapi. Makanan anjing memang sesuai untuk ‘anjing’. Salakannya selama ini mungkin mengganggu, bahkan sememangnya itu mengganggu negara ini terutama orang Melayu. Jangan dicerca tulisan Jawi. Apa yang tak kena negara ini. Kenapa Melayu nak diganggu sedangkan ini sememangnya Tanah Melayu, bukan tanah China atau India. Orang luar tak perlu kacau hak Melayu di sini dengan membawa budaya pendatang mereka untuk ditegakkan di sini.

  5. 5

    ashportal said,

    nk buat mcm mane…inilah akibatnye bile perempuan yg duk atas…xpatut2
    xikut sunnah la mcm ni

  6. 6

    nur aida said,

    saya x pernah bela anjing dan x tahu apa dimakan anjing yg saya tau dan dibaca dalam buku2 cerita sejak dari kecil anjing makan tulang je..tp agak terkejut masa 1st statement dalam tv3 makanan yg diberi cukup baik..sedap tuu mrs teresa kok!!!

    saya rasa lain kali sapa2 yg kena tangkap perlu dihantar kemana2 hotel 1st klass yg ada pakage sarapan + lunch + tea time + dinner…bes oooo saya pun nak kena tahan kalau camtu

  7. 7

    haikal said,

    teressa ni hanya tahu provokasi keadaan jer… mengambil peluang yang ade.. memang x bleh percaya lah pemimpin macam ni… kadang2 dia org ni lupa asal usul dia org ni… mane2 pemimpin pun macam tu baik kerajaan baik pembangkang bila dah senang lupa org yang menyokong… pasal kes makanan pun boleh jadi isu, nampak sangat si teressa ni kuat provokasi…

  8. 8

    clemenza said,

    huh..tulisan jawi,azan bising,mknn anjing..belum mmerintah dh mcm2 nk buat..nmpak sgt ada ssuatu yg dirancang..ini br sket..br si teresuck cock..yg lain tak tnjuk belang lg 2..isu remeh ni yg jd hal..si teresuck cock ni tak penah dduk b’jiran kot..anjing dia menyalak hr2 aku tak marah pn,berak kencing merata smpai dpn rumah,aku tak bising pn,malah hormat lg sbb nk jg hati jiran tp dia tak pndai jg hati org..bl malas nk jg lepas anjing 2,jd anjing gila,bising+gigit org+bw penyakit..tak bising pn..sapa lg yang byk bela anjing klu bkn diorg..tak bising pun..gv n take la..sama2 dduk,klu tak dh lama kn halau..


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: