Rakyat Sabah Masih Sayangkan BN

Dalam posting saya tentang rancangan 16hb September oleh Anwar yang tidak menjadi, seorang komentator yang kononnya mewakili rakyat Sabah, Anak Sabah telah menulis:

Wahai orang-orang yang budiman. Saya orang Sabah tak pernah rasa tertipu oleh saudara DSAI. Malah saya berbangga kerana merasakan suara hati saya (mungkin anda semua) sedikit sebanyak diterjemahkan oleh saudara DSAI melalui kempen-kempen politik beliau. Melalui kesempitan hidup dengan harga barang yang melambung tinggi, tapi YB-YB BN di Sabah tiada yg berani bersuara..
Kenapa??? Kerana kebanyakan mereka dah kenyang makan komisyen dari projek-projek kerajaan BN.. Untunglah ada manusia lagi yang bernama DSAI yang berani mengkritik kerajaan BN yang masih lagi `PERASAN` yang mereka ini kununnya masih lagi pembela nasib orang melayu. Fikirla
.

(Diedit dengan menggunakan tulisan penuh kerana saya geli dengan bahasa SMS)

Nampaknya komentator tersebut mungkin tidak kesampaian untuk mewakili rakyat Sabah, mungkin hanya dapat capai taraf wakil suara PKR Sabah. Berita Malaysiakini berkenaan orang nombor dua SAPP dan juga 2000 ahli SAPP yang bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan tindakan SAPP berpecah dari BN, menjadi justifikasi saya.

Ya, mungkin kecil bilangan 2000 itu tetapi sudah dapat membayangkan bahawa rakyat Sabah masih lagi sayangkan BN. Ditambah lagi SAPP yang tidak akan memeluk Pakatan dan kekal bebas (saya pun mahu PAS berbuat demikian!).

Saya tidak nampak rakyat Sabah terpengaruh dengan kempen Anwar untuk memperbaiki kehidupan mereka. Yang saya baca dan dengar, cuma propaganda media-media di internet mensensasikan hal ini, seolah-olah rakyat Sabah telah sepenuh hati menerima Anwar. Ah, saya tertipu.

Jika Anwar mendapat bilangan ahli Parlimen yang didakwanya untuk menubuh kerajaan katak, tidak lagi dapat justifikasikan sokongan rakyat Sabah terhadapnya. Kerana, mentaliti pengundi di Malaysia ini, lebih-lebih lagi di Sabah, masih mengutamakan parti daripada calon. Seperti kata Dr M, letak tunggul sebagai calon pun, BN boleh menang!

Mungkin posting-posting saya nampaknya boleh ditafsirkan orang sebagai anti-Anwar, fraksi UMNO dalam PAS atau pembenci DAP, tetapi ketahuilah saya cuma hendakkan yang terbaik untuk PAS.

7 Responses so far »

  1. 1

    apatakena said,

    gunakan semua senjata yang ada, itu saja yang boleh dibuat oleh BN, yang sedang lemas, cuba bayangkan BN sedang LEMAS, dia akan mencapai apa saja yang boleh menyelamatkannya, hatta taik timbu pun akan dicekupnya… fahamlah.

    2,000 ka 3juta hanya pada kertas, hati rakyat menangis mereka tidak tahu, mungkin 15 ketua cawangan saja yang berkata ya takut itu dan ini, very simple..to judge

  2. 2

    fauzi@Oz said,

    Untuk rakyat sabah dan sarawak, 80% penduduk semenanjung menolak mentah2 pimpinann be-end, cukuplah dengan peluang 51thn memerintah, kita andaikan pemerintah seperti syarikat perhidmatan telefon, contoh la maxis dan Digi, semua orang tahu promosi dan kempen iklan sentiasa bersaing sentiasa, kita sebagai rakyat hanya memilih yang terbaik tak kira la siapa dia yang memerintah asalkan keselesaan kehidupan dapat dinikmati dan terbela, rakyat di semenanjung paling terasa setiap kali kenaikan barang terutama golongan muda yang hidup di bandar, terus terang saya katakan be-end untuk golongan tua 65thn ke atas dan golongan muda akan memilih pembangkang kerana mereka memperjuangkan nasib mereka, walaupun kita sendiri tidak pasti corak pemerintahnya nanti, tetapi dalam kehidupan sesekali kena kamikaze untuk melihat perubahan yang mungkin memberi sedikit harapan, tak suka kita tukar le balik senang saja

  3. 3

    bukan fraksi said,

    MMg pun.. cara tulisan pun mmg anti anwar denagn fraksi AMNO.. sama macam Khabar angin Mustapha Ali dengan Nasharuddin..ni salah sorang pengikut le ni dengan alasan yang terbaik untuk PAS.. yang terbaik untuk negara tak mahu plak.. Takpelah.. p la ikut parti lain yang rasuah sepah.. negara hancor gak.. selamat menhancorkan negara…

  4. 4

    yong said,

    I think majority of Sabahan still satisfied with their poverty, no sense to justice and development. may be their education level is much lag behind, smart and tricky leaders like Raymond Tan easily mislead people for their own good.

  5. 5

    aiman wong said,

    Jangan cakap besar…hampir setiap pelusuk Sabah yang saya pernah pergi orang bercakap pasal keburukan BN. Dan mereka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Maka ini menandakan perkataan “rakyat sabah masih sayangkan BN” adalah dusta semata-mata.
    saya berani bertaruh kepada anda jika diadakan pilihanraya pada bila bila masa dari sekarang pun UMNO/BN akan bungkus dengan syarat pilihanraya diadakan dengan telus tanpa penipuan dari SPR yang bersekongkol dengan UMNO.
    N19 – KAPAYAN
    DATUK KHOO KEOK HAI (BN) 6,162
    DATUK CHAU CHIN TANG (PKR) 3,658
    STEPHEN JACOB JIMBANGAN (DAP) 4,100
    berpandukan keputusan PRU12 mac yang lalu ternyata sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat telah meningkat. Memandangkan kerajaan UMNO/BN yang semakin menekan kehidupan rakyat terutamanya penyalahgunaan kuasa, kenaikan harga barangan keperluan dan berbagai bagai masalah yang timbul dari kerajaan sekarang ini..ternyata sekali bahawa sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat makin bertambah.
    “tengok dan lihat PRK di Pensiangan nanti”!!!

    UMNO MESTI DIREBAHKAN

  6. 6

    Eagle has landed said,

    Saya tahu orang Sabah dan Sarawak pasti menanti kecundang nya BN. Marilah kita bersama Pakatan Rakyat membuat perubahan dan maju bersma sama, menuju ke arah Malaysia Baru. Ayuh.. kawan kawan ku di Sabah dan Sarawak.

  7. 7

    Anuar said,

    Daripada menaikkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, lebih baik naikkan Hj Hadi Awang ataupun Dato Nik Aziz. Ape barang nak naikkan DSAI jadi Perdana Menteri Malayisia. Orang-orang Melayu terutama PAS bukanlah bongok sangat nak menyokong cita-cita peribadi Anwar Ibrahim tu. So, jangan mimpilah DSAI nak jadi Perdana Menteri, jadi Peliwat Malaysia boleh le.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: