Menyangkal Pendapat Khalid Samad

Pemimpin-pemimpin PAS kebelakangan ini menjadi sedikit kurang cerdik. Bermula dengan isu Mustapha Ali dan Tok Guru Nik Aziz, kini Khalid Samad memperhangatkan kembali hal lama.

Saya tidak pasti adakah temubual Khalid Samad dengan Ummahonline.com berlaku selepas Mustapha Ali bertemu Tok Guru Nik Aziz atau sebelumnya. Tetapi yang pasti Malaysiakini baru menghangatkannya.

Umum sudah mengetahui bahawa 16hb September telah berlalu tanpa sebarang pertukaran kerajaan. Jadi maknanya, analisis Mustapha Ali itu betul. Kesalahannya bagi saya adalah meletakkan pendapat peribadinya di muka hadapan Harakah. Itu saya rasa agak terlebih penyalahgunaan kuasa sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Tetapi temubual Khalid Samad dengan UmmahOnline.com ini lebih tertuju pada peribadi dan bukannya isu yang diutarakan iaitu adakah Anwar berjaya menubuh kerajaan atau tidak. Khalid Samad telah melencong jauh dari persoalan sebenar dengan menyatakan Terengganu kalah kerana aktiviti “mengharamkan”.

Saya tidak bersetuju dengan Khalid Samad kerana PAS Kelantan lebih teruk dalam bab haram-mengharam ini. Apa yang diharamkan di Terengganu, yang tidak diharamkan di Kelantan? Judi? Konsert? Arak?

Jadi kenapa PAS Terengganu tewas tetapi PAS Kelantan menang? Sahih Khalid Samad salah dalam congakan beliau. Bukan sebab itu Terengganu kalah.

Bukan juga sebab faktor pimpinan dan calon. Jika kerana pimpinan, mengapa Tuan Guru Hadi Awang menang di DUN dan Parlimen? Jika kerana calon Terengganu yang tidak berkualiti, mengapa Mohd Sabu juga tidak menang padahal beliau bukan pun berasal dari Terengganu?

PAS menang pada pilihanraya ke10, bukanlah kerana kekuatan PAS, tetapi orang Melayu pada waktu tersebut memprotes kezaliman ke atas Anwar. Kekalahan pada pilihanraya ke11 bukan sahaja menimpa Terengganu, malah Kelantan juga hampir jatuh. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan Selangor?

Kekalahan Terengganu pada pilihanraya ke12 pula, bukanlah kerana sebab lain tetapi kerana Terengganu mempunyai majoriti yang besar Melayu yang menyokong totok UMNO, tidak seperti Melayu Kelantan yang totok PAS. Jika Selangor juga berpopulasi seperti Terengganu, Khalid Samad jangan bermimpi mahu menjadi MP. Khalid Samad menang hanya kerana swing undi bukan Melayu. Undi bukan Melayu di Terengganu terlalu sedikit. Berpadanankah untuk dibuat perbandingan?

Sampai bilakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu menyedari hakikat kejayaan “lebih kuah dari sudu” ini? Bilangan MP parti PKR iaitu tunjang utama Pakatan pun tidak menyamai bilangan separuh dari bilangan MP UMNO. Tidakkah mereka ini sedar?

Lagi, apakah sebenarnya kejayaan PAS Selangor? Ladang babi tahap mega? Pengharaman Islam Hadhari? Cerminlah diri!

4 Responses so far »

  1. 1

    slyderrose said,

    Ladang babi tahap mega..dan pengharaman Islam hadhari nampak sangat kecetekan pengetahuan penulis blog ini yg sekapal dengan half past six pemimpin PAS Mustafa Ali. Nampak sangat nak cari keburukan kepimipinan PR. Sekarang ini pun ladang babi sudah mega pun…bertaburan di pelusuk negeri Selangor. Dan yg amat malang mencermarkan alam sekitar dengan najis dan kembuhan mengalir ke sungai dan paritan. Malas nak cerita lebih..biar penulis buat kajian sendirilah.

    Selagi Mustafa Ali memimpin PAS Trengganu percayalah tidak akan menang PAS di Trengganu. Mentaliti lama tidak bolih fikir out of box. Kalau alasan orang melayu Trengganu umno totok susah berubah hanya satu alasan orang yg tewas sebelum berjuang. Kenapa PAS bolih menang masa PRU 1999 lepas? Fikirkan sendirilah.

    Pemimpin muda dan professional PASlah akan membawa PAS ke hadapan dalam menghadapi dunia Globalisation.

    [Bagitahu saya, apakah kejayaan PAS di Selangor? Komen saudara hanya bersifat eskapistik.]

  2. 2

    amir said,

    pejuang Islam ramai yang sudah lupa, Allah SWT yang membawa kepada kemenangan …. brangkali ramai juga yang sudah lupa seerah rasulullah SAW

  3. 3

    zulkafali said,

    Saya suka nak komen apa yang dibangkitkan oleh Khalid Samad ni. Adakah Khalid Samad lupa beberapa perkara:-
    1. Cikgu Pha adalah Pengarah Pilihanraya Pusat,adakah beliau tidak ada authoriti beri kenyataan?
    2. Khalid Samad ada ke post mortem pilihanraya Terengganu? Jangan hentam tak ikut fakta,nanti ditertawa oleh orang.
    3. Mengapa bangkitkan isu negeri, sejak bila pandai ‘pecahkan’ ahli mengikut negeri?
    4. Tak bolehkah ‘diam’, beri peluang pemimpin ‘berkira’ sesama pemimpin? Jawatankuasa PAS Pusat,Lujnah Politik,Majlis Syura Ulama’ masih berfungsi.
    5. Strategi Politik adalah ijtihad, sejak bila Khalid Samad ada kuasa pemutus?
    Saya rasa saya lebih kenal Cikgu Pha,TG Hj Abdul Hadi dan pemimpin PAS Terengganu dari Khalid Samad & mungkin saya dulu masuk PAS dari Khalid Samad.
    Saya harap Khalid Samad lebih baik diam jika tak tahu perkembangan PAS Terengganu daripada memberikan kenyataan ‘lebih banyak buruk dari baik’nya.

  4. 4

    Zorro Tua said,

    zulkafali said,..

    mungkin saya dulu masuk PAS dari Khalid Samad — Ini bukan masalah sapa masuk dulu, sapa masuk kemudian.. Sapa kenal sapa lebih lama.. Ya Allah tak paham2 lagi la puak2 nih.. penat je Khalid Samad tulih pjg2 itu jgak yg dia paham??


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: