Hentikan Propaganda Bodoh!

Lepas satu deadline (23hb September dan 16hb September), satu lagi deadline (rujuk Malaysiakini untuk mengetahui lebih lanjut). Kini 1hb Oktober (sesetengahnya mengatakan 9hb Oktober) pula menjadi detik penungguan penyokong totok Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada profesional hinggalah orang kampung yang tidak ketahuan apa-apa. Anwar itu dipercayai sepenuh hati. Yang liberal pun jadi konservatif. Memaki orang-orang yang tidak mempercayai Anwar. Kah kah kah!

Hentikanlah propaganda bodoh ini. Tumpukan perhatian untuk menjadi ketua pembangkang yang terbaik. Fokuskan dahulu kepada lima negeri yang dapat diperintah dari kejayaan “lebih kuah dari sudu” pilihanraya lepas itu.

Jika semua sibuk dalam merancakkan propaganda bodoh ini, siapa yang mahu bekerja untuk rakyat? Tahukah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, bahawa ekonomi Malaysia semakin teruk? Kamu fikir tak tentang rakyat-rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah? Mereka tersempit, lagi pula kamu ingin menyempitkan mereka dengan propaganda bodoh ini.

Propaganda seperti ini tidak menambahbaikkan ekonomi negara. Tiadakah idea-idea dari pemikir Pakatan Rakyat untuk dipersembahkan supaya ekonomi kita kembali stabil?

Uruskan dengan cemerlang dahulu lima negeri yang dimenangi secara jantan. Barulah impi-impikan untuk mendapat kerajaan pusat. Penuhi janji-janji manifesto.

6 Responses so far »

  1. 1

    haikal said,

    betul tu aku setuju ngan pendapat ko tu… pemimpin pembangkang hentikan lah… pikir lah secara meluas… jangan lah terlampau tertumpukan dekat anwar jer… baik pikir kan ekonomi negara lagi bagus…

  2. 2

    apatakena said,

    Anda salah, InsyaALLAH perubahan akan berlaku…kami yakin

  3. 3

    ehsan said,

    Aku pun pening jugak tengok gelagat Anwar ni. Tapi bila aku fikir dalam2, aku tengok UMNO dan BN dah perintah Malaysia dah 50 tahun tapi negara semakin kelam kabut. Rasuah dari bawah ke atas teruk sekali dan yang aku kecewa sekali BPR pun tak buat kerja tapi asyik jadi alat politik UMNO/BN. Badan kehakiman, polis, surujahan jaya pilihan raya semua dah terjejas kerana nak jaga kepentingan BN>

    Singapore dah 50 tahun kehadapan kita sejak 25 tahun lepas.

  4. 4

    khalib said,

    Setiap perancangan yang berlandaskan niat yang murni,tetap akan membuahkan hasil.segala yang diusahaka Anwar dan diwar-warkan beliau adalah bertitik tolak dan terbit dari rasa terpanggil untuk merealisasikan kehendak dan harapan rakyat yang mahukan perubahan.Mereka yang memandang sepi akan perjuangan ini adalah mereka-mereka yang mati akal dan fikiran untuk memahaminya dengan istiqamah.

  5. 5

    Anak Sabah said,

    Kahx5..Siapa yg anda ketawakan tu??? Mengetawakan diri sendiri / org lain?? Orang lain mcm saya yg anda ketawakan sbb mempercayai & menyokong agenda serta idealogi yg dibawa oleh saudara Anwar untuk membantu orang susah mcm saya..sungguh anda biadap sekali.. Mungkin anda kaya raya mcm YB-YB UMNO di tempat saya ini (yg bergaji PULUHAN RIBU,tak termasuk komisen).. Mungkin jua anda ni cop duit, siapa tau??? Anda fikirkan dulu perkara ini…

    Bila kerajaan UMNO kasi naik minyak sebegitu mendadak..tiada 1 org pun YB-YB UMNO di Sabah bersuara menegur PM – Pak Luh..mengatakan kenaikan ini keterlaluan.. Adakah yg berani tegur Pak Luh???

    Rasuah dikalangan pemimpin2 kerajaan…hingga sekarang masih tidak memuaskan..kenapa?? Dah lama da BN & UMNO menerajui negara tp…

    Banyak lg.. Mungkin ada hamba Allah yg sudi menokoh tambah…
    Renung2kanla..

  6. 6

    zam88 said,

    minyak naik ikut keadaan pasaran dunia.kenapa tak faham-faham lagi.kata rakyat yang matang.kalau betul kamu semua tu rakyat yang matang,tolonglah faham kenapa danapa sebab kerajaan naikkan harga minyak.kalau nak harga minyak murah,bersedialah untuk bayar cukai yang tinggi sebab kerajaan perlukan banyak wang untuk menampung subsidi minyak supaya harga minyak murah! dan jangan anggap projek mega seperti program angkasawan negara sebagai membazir.sepatutnya golongan kaya macam anuar ibrahim bantu orang miskin.bukannya sibuk nak jatuhkan BN.saya berdoa kpd ALLAH S.W.T. agar BN kekal memerintah Malaysia dan mudah-mudahan Pakatan rakyat yang bangsat dan hina itu akan jatuh,hancur dan musnah agar Malaysia aman damai.mudah-mudahan juga rakyat Malaysia akan sedar akhirnya bahawa Anuar Ibrahim dan pakatan rakyat adalah DAJAL yang hanya tahu memusnahkan Malaysia.semoga GELOMBANG BIRU akan dapat memusnahkan agenda jahat PAKATAN RAKYAT dan ANUAR IBRAHIM yang hina,keji dan jijik itu.Amin…


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: