Isu Perkauman Provokasi Ahli Politik

Merujuk berita Malaysiakini yang memaparkan cadangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan supaya parti yang berasaskan perkauman dibubarkan, saya sepenuh hati menyatakan sokongan pada cadangan itu.

Selama ini isu perkauman banyak dihangatkan kerana parti-parti tersebut ingin menjaga status-quo di kalangan kaum masing-masing agar mereka terus relevan. Ini termasuk kes Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini dan banyak lagi kes sebelumnya.

Bagi saya, tindakan yang bijak adalah tidak mensensasikan hal ini kerana penduduk Malaysia sudah sedia maklum, sesiapa yang memainkan isu perkauman itu adalah dari jenis minoriti dan tidak mewakili suara satu-satu kaum.

Datuk Ahmad tidak perlu diberi publisiti berlebih-lebihan kerana beliau hanya menjalankan tugas parti sahaja dan untuk menonjolkan dirinya sebagai hero Melayu. Padahal di mata kebanyakan rakyat Malaysia, beliau hanyalah ahli politik murahan.

Begitu juga dengan pemimpin MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbau perkauman, cuma ianya tidak disensasikan seperti kenyataan Datuk Ahmad.

Realiti di akar umbi, malahan di universiti saya, tidak pernah timbul isu-isu begini. Saya sendiri mempunyai seorang kawan Cina yang amat rapat sekali sehinggakan setiap kali ada projek atau assignment, saya akan bersamanya dalam satu kumpulan.

Jadi, saya berharap sangat, ahli politik jangan jadi bodoh untuk menyemarakkan api perkauman. Jangan biarkan idea yang tidak laku ini terjual seperti pisang goreng panas di masa hadapan. Cegahlah mulai sekarang. Bubarkan parti perkauman.

Oh, lupa untuk saya peringatkan, parti-parti bersifat pelbagai bangsa pula perlulah memantapkan organisasi mereka. Janganlah terlalu menonjol perjuangan yang hanya mengundang laba bagi kaum tertentu sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: