Satu Lagi “Deadline”

Esok satu lagi deadline yang diwar-warkan Anwar dan puak fanatik beliau (lihat Malaysiakini). Jika tiada sidang parlimen khas esok, maka Pakatan akan membawa isu ini kepada pengetahuan Agong.

Saya berfikiran positif walaupun saya sudah cop Anwar penipu kerana janji beliau pada 16hb September yang didakwa pertukaran kerajaan akan berlaku, padahal setelah seminggu, masih lagi tiada tanda-tanda. Tidak membohongkah itu? Yang lagi tidak masuk akal, pemimpin PAS totok di belakang Anwar, semacam lembu dicucuk hidung. Tidakkah begitu wahai fraksi Anwar dalam PAS, sehingga sanggup memperli atau mengata-ngata kawan satu tarbiyah?

Saya positif dengan satu lagi peluang untuk Anwar bagi membentuk kerajaan. Jika beliau tidak membawa isu no-confidence ini kepada Agong selepas Pak Lah tidak bersetuju untuk mengadakan sidang parlimen luar biasa, maka beliau penipu besar abad ini.

Bukan masalah niat beliau untuk menubuh kerajaan itu yang salah (tetapi tetap tidak bermoral!), tetapi janganlah biarkan sampai menipu penyokong totok Pakatan yang terkeluar air liur menunggu pertukaran kerajaan dari satu ke satu tarikh.

Jika ini adalah perang psikologi Anwar terhadap BN, tidak perlulah sampai memain-mainkan rakyat begini. Siapa cakap ekonomi negara tidak terjejas jika permainan ini diteruskan?

Kali ini, Anwar perlu serius. Mengikut satu artikel di Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, Elizabeth Wong yang baru pulang dari aktiviti kejar-mengejar MP BN di Taiwan, menyatakan dengan yakin bahawa pertukaran kerajaan akan berlaku lebih awal dari Oktober, November atau Disember. Maknanya pertukaran kerajaan akan berlaku sebelum umat Islam menyambut hari raya?

Kata-kata yang yakin dari Elizabeth Wong itu seolah-olah pernah kedengaran sekitar bulan lima atau enam dahulu.

Lebih baik perkara ini betul!

3 Responses so far »

  1. 1

    Eagle has landed said,

    Jangan fikirkan, itu kerja orang politik. Kita bersedia menyambut kedatangan shawal dengan rasa gembira dan insafkan diri. Mari lah kita berdoa semoga kebaikan dan keamanan terus wujud di negara ini. Jangan salahkan sesiapa dan jangan juga terlalu berharapkan kepada sesama manusia kerana janji manusia bolih berubah. Percaya lah sekira nya ALLAH berkehendakan sesuatu itu berlaku maka ia pasti akan berlaku.

  2. 2

    fadzlihashim said,

    Saudara/i perlu ambil kelas pendidikan moral. Boleh jelaskan apa itu niat yang tidak bermoral, tak pernah lagi saya dengar istilah “Immoral Intention”. Moral atau tidak itu adalah persepsi manusia terhadap manusia yang lain. Seperti apabila kita melihat budaya bangsa lain dan memberi penilaian yang prejudis berdasarkan apa yang diamalkan oleh budaya sendiri. Lagipun, saya tak nampak macam mana kita boleh menilai sesuatu niat itu sebagai tidak bermoral, kerana kita tidak boleh ‘nampak’ niat orang lain.

    “Bukan masalah niat beliau untuk menubuh kerajaan itu yang salah (tetapi tetap tidak bermoral!)”

    P/S: Saya bukan melindungi anwar, tetapi saya menyerang saudara/i.

    [Maaf saudara, falsampah tak laku di sini.]

  3. 3

    fadzlihashim said,

    Semua falsafah adalah falsampah bagi saudara. Jadi tak guna jika saya cuba terus berkomentar di Refleksi Diri Sampah ini. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: